Terlupa bagi makan, gajah goncang & campak penjaganya yang mabuk sehingga mati

April 18, 2019

Terlupa bagi makan, gajah goncang & campak penjaganya yang mabuk sehingga mati


Seekor gajah berusia 40 tahun membunuh penjaganya dan melempar mangsa seperti patung boneka dan mencederakan rakan mangsa selepas dua lelaki itu terlupa memberi makanan kepada haiwan itu, lapor Daily Mail

Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan di Ezhukone, Kerala, selatan barat India. 

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Baiju, berusia 45 tahun. Manakala seorang lagi mangsa, Satheeshan, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital. 

Gajah yang diberi nama Rajasekharan itu, sering digunakan untuk aktiviti perarakan atau perayaan tahunan di Kuil Chirayil Devi. 

Selepas kejadian itu, SPCA datang ke lokasi kejadian untuk menenangkan haiwan itu. 

Jurucakap SPCA, Dr. B. Aravind berkata, "Kami mengesyaki kejadian itu berlaku kerana haiwan itu mengamuk kerana kelaparan," katanya. 

SPCA juga mendapati dua mangsa terbabit terdahulu mengambil minuman alkohol dan tertidur menyebabkan mereka terlupa memberi makanan kepada haiwan itu.

"Selepas serangan pertama, pemilik gajah itu datang dan mula memberinya makanan. 

"Kemudian Baiju datang menghampiri gajah itu, lalu diangkat menggunakan belalainya dan digoncang dengan ganas sebelum dicampak ke atas tanah," katanya. 

Previous
Next Post »
0 Komentar