'Ramai ibu bapa terkesan dengan pandemik Covid-19' - Maszlee mohon KPM beri kelonggaran untuk pelajar berpakaian bebas untuk tahun 2021

February 22, 2021

'Ramai ibu bapa terkesan dengan pandemik Covid-19' - Maszlee mohon KPM beri kelonggaran untuk pelajar berpakaian bebas untuk tahun 2021


Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kelonggaran kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang bakal memulakan persekolahan secara berperingkat bermula 1 Mac ini untuk berpakaian bebas. 


Maszlee berkata, kelonggaran itu wajar diberikan bagi meringankan bebanan kewangan ibu bapa yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19, sekurang-kurangnya untuk tahun 2021 sahaja. 


"Pihak KPM juga hendakan memberikan kelonggaran terhadap isu pakaian rasmi sekolah. Ramai ibu bapa yang telah terbeban dengan pandemik dan telah berbelanja besar untuk pendidikan anak-anak. 


"Kelonggaran untuk berpakaian bebas harus diberi sekurang-kurangnya untuk tahun ini memandangkan adanya kebarangkalian sekolah akan ditutup kembali jika PKP dilaksanakan semula," katanya. 


Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada 19 Februari 2021 berkata, kesemua sekolah di bawah KPM akan dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac ini. 


Namun, keputusan KPM itu mengundang perasaan berbelah bahagi banyak pihak kerana ibu bapa dan guru telah melakukan persiapan bagi PdPR termasuk penyediaan modul dan pembelian tablet. 


Sumber: Astro Awani

Previous
Next Post »
0 Komentar