(Video) 'Pantang aku tengok BBNU minta maaf dengan orang tua, mata tengok ke arah lain' - Netizen
Susulan viral video sekumpulan remaja mempermainkan lelaki tua sehingga terjatuh dari motosikal sehingga mengundang kemarahan netizen, mereka yang terlibat akhirnya tampil memohon maaf.
Melalui video yang dikongsikan di Facebook, kesemua remaja berkenaan telah memohon maaf terhadap mangsa secara bergilir dengan berjabat tangan dan memeluknya.
Namun, ramai netizen yang mempertikaikan cara empat remaja itu yang dilihat tidak ikhlas ketika memohon maaf pada mangsa.
"Tengok minta maaf macam terpaksa je, tak nampak ikhlas pun. Tengok air muka diorang pun tahu. Tak kesian ke kat pakcik yang korang persendakan tu? Tengoklah ayah pada pakcik tu, mesti dia sedih tengok budak muda mempermainkan anak dia macam tu," kata Puan Zuera.
"Aku cukup pantang bila budak-budak baru nak up ni, bila salam dengan orang tua matanya ke lain! Aku tuju khas untuk budak baju hijau tu. Kau dah buat naya kat orang tu, boleh buat muka selamba pulak!?" kata Halim.
Terdahulu, video berdurasi 21 saat itu dipercayai berlaku di pantai timur, menunjukkan seorang lelaki muda mengacah-acah mangsa yang membonceng motosikalnya.
Berdasarkan video tersebut, mangsa dilihat mahu membonceng motosikal lelaki yang tidak memakai baju berusia lingkungan 20-an itu. Namun, lelaki terbabit sudah merancang untuk mempermainkannya.
Secara tiba-tiba lelaki itu memulas throttle dan mengangkat bahagian depan motosikalnya menyebabkan mangsa terjatuh dan terhentak di tanah sambil ditertawakan oleh sekumpulan anak muda itu.
LAPORAN BERKAITAN
0 Komentar