'Bukan boleh mengandung pun!' - Respon si ibu bila tahu anak perempuannya dirogol oleh 6 beradik lain selama 2 tahun
Suatu ketika dahulu, pernah berlaku satu kes di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol oleh enam abangnya sendiri. sehingga menyebabkan mangsa trauma.
Menurut sumber, kisah itu diceritakan sendiri oleh pemilik sebuah rumah kebajikan yang dikenali sebagai Mama Ezzy, menerusi IG Live Dato' Rizalman baru-baru ini.
Semuanya bermula dari sikap tidak endah si bapa untuk membaiki tombol pintu bilik mangsa. Akibatnya, bilik mangsa diceroboh oleh enam anak lelakinya lalu merogol mangsa.
Detik hitam itu berlaku selama dua tahun dan tidak pernah sekali mangsa menyangka perbuatan abang-abangnya itu adalah salah. Sehinggalah dia berusia 10 tahun dan dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang serius.
"Adik ini dah 10 tahun, baru dia tahu yang adik beradik tak boleh buat benda tu (sumbang mahram). Itu pun sebab dia belajar masa duduk kat hospital dulu.
"Kalau dia langsung tak tahu? Agaknya memang telah didoktrin untuk dia jadi tempat pelampias nafsu abang-abang dia sampailah dia tua, beranak-pinak dan dia rasa benda itu normal," kata sumber.
Difahamkan, kes itu kemudian dibawa ke mahkamah dan si bapa pula mengupah peguam untuk membela anak-anak lelakinya tanpa menghiraukan nasib yang dialami oleh mangsa yang juga merupakan darah dagingnya sendiri
Ibu mangsa juga memberikan respon yang tidak masuk akal dengan menegaskan bahawa perbuatan enam anak tirinya itu tidak salah dan mangsa tidak boleh mengandung kerana masih belum datang haid.
"Yang mak pula bila ditanya kenapa biarkan, jawapan dia 'bukan boleh mengandung pun, budak belum period'. Ishh! Mulut ni rasa nak keluarkan semua ayat sumpah seranah," kata sumber.
Dipendekkan cerita, akhirnya si bapa dikenakan tindakan undang-undang atas kecuaian menjaga anak.
Pada hari ini, mangsa telahpun berusia 19 tahun dan berkhidmat di pusat perlindungan itu untuk membantu menguruskan kes-kes baru bagi kemasukan ke pusat berkenaan.
Sumber: Nora Azura
0 Komentar