Muhammad Sajjad lolos & menyorok di Thailand, tak pasti sama ada guna 'mouse way' atau pakej pelancongan

April 05, 2021

Muhammad Sajjad lolos & menyorok di Thailand, tak pasti sama ada guna 'mouse way' atau pakej pelancongan


Perkembangan terkini, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dipercayai sedang menyorok di Thailand bagi mengelakkan ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang setelah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki berperwatakan wanita itu. 


Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Sajjad telah lolos ke negara jiran tetapi tidak diketahui sama ada menggunakan jalan tikus ataupun menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara itu selain kunjungan perniagaan. 


Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan lelaki itu berada di luar negara tanpa menyebut nama negara yang dimaksudkan. 


Abdul Hamid menggesa Muhammad Sajjad pulang ke Malaysia untuk berdepan dengan perbicaraan di mahkamah dan tiada sebab untuk menyembunyikan diri kerana kesalahan yang dilakukannya itu bukanlah serius. 


Usahawan itu sebelum ini pernah menyatakan mahu keluar daripada agama Islam ekoran tertekan dengan perkara yang menimpanya, selain mendakwa pihak berkuasa mahu menganiaya kehidupannya. 


Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu dia tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah murtad. Malah dia yakin pihak polis tidak akan mencarinya keranakatanya PDRM mempunyai lebih banyak urusan lain yang lebih penting dari menguruskan kesnya. 


Sumber: Harian Metro

Previous
Next Post »
0 Komentar