(Video) 3 maut, kereta terbabas & rempuh pokok sampai terbelah dua
Tiga anak muda maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Klang Lama, pada Ahad, 18 April 2021, jam 9.49 pagi.
Identiti mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah, G Sharvinath, 21, J Jordan Jackson, 19, dan D Hervinraj, 16.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa dalam penjalanan menghala ke pusat bandar, dari Klang Lama.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan, kemudian melanggar batu penghadang jalan lalu berpusing sebelum merempuh sebatang pokok," katanya.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu lalu mengerahkan 18 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dan Pantai dikerahkan ke lokasi. Tiba di lokasi, mereka mendapati kereta mangsa remuk dan terputus dua.
Mayat kesemua mangsa dibawa ke Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz IKM dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian
0 Komentar