'Aku harap ni hanya sekadar gurauan' - TikToker dedah dia kongsi suami dengan ibu kandungnya sendiri

July 10, 2021

'Aku harap ni hanya sekadar gurauan' - TikToker dedah dia kongsi suami dengan ibu kandungnya sendiri


Seorang pengguna TikTok secara terbuka mengaku bahawa dia membenarkan suaminya 'rapat' dengan ibunya sebagai sebahagian dari cara hidup mereka, (swinger - berkongsi pasangan). 


Dalam video yang dimuat naik oleh Millie @milliesellers411, mendakwa dia membahagiakan suaminya dengan mengamalkan cara hidup seperti itu. Dalam video itu turut menunjukkan ibunya yang berpakaian singkat sambil dipeluk erat oleh suami Millie dari belakang. 


"Ya, saya isteri jenis itu," katanya bangga sambil berdiri di hadapan mereka. 


Video itu telah ditonton lebih dari 11 juta kali dan ramai netizen yang berharap apa yang didedahkan itu adalah gurauan semata-mata. Tetapi kapsyen pada video itu, Millie dengan serious mengatakan "Don't judge, and yes I do". 


Netizen 1: "Saya harap ini hanya sekadar gurauan semata-mata".


Netizen 2: "Okay, saya nak pergi tidur sekarang. Ini dah melampau". 


Netizen 3: "Tahu tak macam mana saya buat ibu saya gembira? Saya biarkan dia bermain dengan cucu-cucunya". 


Netizen 4: "Bruh. Perhubungan terbuka adalah satu perkara, tetapi adalah tidak untuk diamalkan dalam keluarga". 


Tetapi salah seorang netizen berkata, "LOL relaks guys, dia swinger, perempuan tua tu isteri kepada lelaki itu sendiri. Perempuan tua itu bukan mak dia". 


Dalam video lain, Millie menunjukkan dia bertanya kepada suaminya dengan rakan perempuannya dengan siapa yang dia ingin tidur bersama. Dia juga menunjukkan klip video dirinya berada di tempat tidur dengan lelaki yang sudah berkahwin, bersama dengan isterinya. 


Sumber: Daily Star

Previous
Next Post »
0 Komentar