'Suami saya... Suami saya dibunuh' - Isteri berpura-pura menangis, padahal dah rancang bunuh suami untuk kuasai hartanya
Seorang peniaga emas mati dibunuh pada 28 Jun 2021 setelah mangsa dan isterinya 'dirompak' sekumpulan individu dalam kejadian di Kota Jayapura, Papua, Indonesia pada 28 Jun 2021.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati ada kecurigaan dalam keterangan yang diberi oleh si isteri, Virgita Legina Hellu, 25, yang disyaki merupakan dalang kepada pembunuhan suaminya sendiri, Nasruddin, 45.
Menurut rekod, suspek merupakan mualaf dan dipercayai memeluk agama Islam untuk mendirikan rumah tangga dengan Nasruddin. Tetapi tanpa pengetahuan Nasruddin, Virgita menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki warga Afghanistan bernama Mehdi Meraban.
Virgita ditahan polis di kediaman pada 4 Julai 2021 untuk membantu siasatan, sambil disaksikan oleh warga penduduk yang bersorak. Sementara itu, Mehdi pula ditahan ketika mahu melarikan diri ke Makassar pada Sabtu, 3 Julai 2021, lima hari selepas membunuh Nasruddin.
Semasa disoal siasat dan didesak berulang kali, Virgita akhirnya mengaku yang dia bersama Mehdi telah bertemu di sebuah pusat beli-belah dan merancang melakukan pembunuhan itu sejak Februari 2021 dengan menjadikan kejadian itu seperti kes rompakan. Virgita mengaku dia merancang semua itu semata-mata mahu memiliki harta kekayaan Nasruddin.
Menurut kronologi penipuan Virgita, pada hari kejadian dia dan Nasruddin dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika melalui sebatang jalan, kenderaan mereka dihalang oleh empat individu yang tidak dikenal (termasuk Mehdi Meraban).
Jelas Virgita, dia terbangun dari tidur dan terkejut apabila melihat suaminya diancam dengan pisau. Perompak itu meminta Virgita menyerahkan barang-barang berharga. Nasruddin tidak mahu memenuhi tuntutan tersebut dan membuatkan suspek berasa bengang mula bertindak agresif.
Virgita juga diancam dengan senjata cuba menyelamatkan suaminya daripada dicederakan, tetapi dia terjatuh menyebabkan luka di bahagian leher dan tangan kanan. Virgita sempat melarikan diri dan mencari orang awam untuk membantunya.
"Suami saya.. Suami saya dibunuh," katanya sambil berpura-pura meraung sebelum ditenangkan orang awam.
Apabila mereka kembali ke tempat kejadian, empat perompak terbabit telah melarikan diri. Beg tangan milik Virgita juga telah dilarikan. Orang awam terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian itu.
Kesemua suspek yang terlibat bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun.
Sumber: Agensi
0 Komentar