Pelawak Afghanistan mati ditembak kerana selalu buat gurauan mengejek puak Taliban

August 24, 2021

Pelawak Afghanistan mati ditembak kerana selalu buat gurauan mengejek puak Taliban


Seorang pelawak Afghanistan yang kerap memuat naik kandungan mengejek Taliban ditangkap dan dihukum tembak sampai mati oleh skuad penembak. 


Dalam video viral yang dipercayai dirakam pada akhir Julai lalu menunjukkan, Nazar Mohammad atau lebih dikenali sebagai Khasha Zwan, dilihat berada di tempat duduk penumpang belakang kenderaan bersama dengan dua lelaki yang dipercayai anggota Taliban, sambil diacu dengan senapang. 


Menurut Human Rights Watch, Zwan telah dibunuh oleh Taliban pada akhir Julai 2021 di Kandahar selepas kota itu berjaya diawan oleh Taliban. 


Zwan amat dikenali kerana selalu mengejek golongan Taliban melalui lagu dan tarian termasuk beberapa daripadanya 'hasil karyanya' dimuat naik di akaun TikTok miliknya. 


Dalam video terakhir ketika ditangkap, Zwan masih sempat membuat lawak menyebabkan seorang penjuang Taliban yang berada di sebelah kanan berang lalu menamparnya sebanyak dua kali. 



Tidak beberapa lama selepas itu, Zwan ditembak beberapa kali oleh skuad penembak sehingga mata. Berdasarkan laporan sumber tempatan, gambar-gambar yang menunjukkan mayat Zwan dalam keadaan berbaring di tandas dengan kesan potong di bahagian leher. 


Zwan sebelum ini berkhidmat sebagai polis yang menjadikan dia sasaran pembunuhan balas dendam, selain disebabkan gurauan (ejek Taliban) yang kasar dan lagu-lagu yang lucu. 


Sumber: Daily Mail


Previous
Next Post »
0 Komentar