(Video) Gadis TikTok diserang 400 lelaki Pakistan 'Sangap' sampai pakaian koyak rabak ketika sambutan Hari Kemerdekaan

August 21, 2021

(Video) Gadis TikTok diserang 400 lelaki Pakistan 'Sangap' sampai pakaian koyak rabak ketika sambutan Hari Kemerdekaan


Viral di media sosial video dari Lahore, Pakistan menunjukkan ratusan lelaki menyerang seorang gadis di monumen nasional Minar-e-Pakistan yang dilaporkan berlaku pada 14 Ogos lalu ketika negara itu sedang menyambut Hari Kemerdekaan. 


Ratusan lelaki berkumpul mengepung gadis TikTok itu sehingga ada yang mengoyakkan pakaian selain mengambil kesempatan ke atas dirinya yang tidak berdaya melawan. 


Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Menurut laporan mangsa yang dikutip dari media Pakistan, Dawn News, mangsa berkata dia pergi ke monumen tersebut bersama dengan enam rakannya untuk merakam gambar/video sempena Hari Kemerdekaan dan ketika itulah mereka didatangi lebih kurang 300 hingga 400 orang yang menyerang mereka. 



Berdasarkan video, mangsa berada di tengah kerumun sambil dilindungi oleh beberapa lelaki lain yang cuba menghalang kumpulan terbabit dari mengapa-apakan mangsa. Salah seorang budak lelaki memakai kurta hijau dapat dilihat melemparkan sesuatu ke arah mangsa yang ketika itu sedang diseret. 


Mangsa dalam aduannya berkata, dia banyak kali mencuba untuk melarikan diri tetapi gagal kerana terhalang dengan jumlah kumpulan itu yang terlalu ramai. Malah, cincin dan anting-antingnya juga telah disamun dalam kejadian itu. Rakan-rakannya juga menerima nasib yang sama apabila telefon dan kad pengenalan mereka dirampas. 



Kejadian itu mengundang kemarahan pihak berkuasa dan beberapa tokoh ternama di negara itu yang menyatakan rasa terkejut, sekali gus menunjukkan keselamatan golongan wanita di Pakistan amat rendah. 


"Serangan yang berlaku pada mangsa amat memalukan setiap warga Pakistan. Ini memberikan kesan buruk dalam masyarakat kita. Mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke muka pengadilan," kata Buttho Zardari, anggota dewan dan Ketua Parti Rakyat Pakistan. 


Bagaimanapun dalam laporan terbaru dari media tempatan mendakwa, kejadian itu berkemungkinan telah dirancang. Salah seorang anggota pengawal keselamatan berkata, mangsa berupaya untuk melarikan diri dari insiden itu tetapi tidak berbuat demikian. Sebaliknya kekal berada di tempat kejadian selama dua jam.


Dakwaan itu mencetuskan banyak persoalan sama ada mangsa sengaja menimbulkan kekecohan dengan tujuan mendapatkan ramai viewer atau dibayar untuk mengaibkan negara itu di mata dunia. 


Polis juga telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu termasuk dakwaan mangsa yang mengatakan pihak polis tidak menjawab 15 panggilan kecemasan yang dibuat olehnya. 


Sumber: Independent

Previous
Next Post »
0 Komentar