(Video) Lelaki dipercayai mengalami masalah mental mengamuk di depan Hospital Dungun

November 15, 2021

(Video) Lelaki dipercayai mengalami masalah mental mengamuk di depan Hospital Dungun


Tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu! Itu reaksi netizen mengulas satu video tular yang membabitkan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental yang telah dipukul oleh orang ramai setelah dikatakan mengamuk di tengah jalan raya.


Rakaman berdurasi 1 minit 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki berdiri di tengah jalan raya sambil memerhatikan kereta lalu lalang. Secara tiba-tiba dia membaling satu objek ke arah sebuah kenderaan yang keluar dari simpang jalan


Tidak beberapa lama kemudian, orang awam yang berada di lokasi mengepung lelaki itu sebelum menahannya. Ada segelintir individu yang mengambil kesempatan memukul lelaki terbabit.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum itu lelaki berkenaan bertindak membaling tong sampah ke tengah jalan raya. 


“Lelaki tersebut telah ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Kereta Peronda (MPV). Keputusan ujian air kencing lelaki tersebut adalah negatif dan lelaki tersebut telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi tindakan selanjutnya," katanya.



Sumber: My Crime Watch, Kosmo

Previous
Next Post »
0 Komentar