'Geli, jijik & mual aku baca statement menteri ini' - Aktivis #Justice4Bella

April 17, 2022

'Geli, jijik & mual aku baca statement menteri ini' - Aktivis #Justice4Bella

Foto The Sundaily


"Saya akan lakukan apa-apa sahaja dengan kuasa yang ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir di mampu berbuat apa sahaja terhadap kanak-kanak teraniaya.


"Kamu boleh bersembunyi di se balik barisan peguam, tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat," demikian luahan isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam dua hari lalu berhubung kes Bella yang dipercayai didera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun. 




Dalam pada itu juga, Tunku Ismail turut menawarkan perkhidmatan peguam-peguamnya secara percuma dan telah menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk tindakan lanjut. 




Kurang dari 24 jam yang lalu, Rina mengeluarkan kenyataan berikut:


"Sesungguhnya pati kamat terharu dengna keprihatinan yang dizahirkan DYAM Tuanku dan YAM Che Puan Besar yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan ini. 


"Patik dan rombongan KPWKM bersedia untuk menghadap DYAM Tuanku dan YAM Che Puan Besar bagi mempersembahkan status kes perbicaraan adik Bella dan tindakan-tindakan yang telah disusuli oleh pihak kementerian dalam membantu perbicaraan kes ini. 


"Titah DYAM Tuanku yang berkenan menawarkan khidmat peguam secara percuma bagi untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak KPWKM untuk kes ini amatlah bermakna bagi pihak kementerian dalam meperkasakan usaha menegakkan keadilan buat Bella," katanya. 



Bagaimanapun, tular di media sosial kenyataan seorang individu yang dikenali sebagai Aliff Ahmad, mendakwa menteri berkenaan selama ini hanya mendiamkan diri dari isu tersebut. Walaupun pernah berjumpa di pejabat KPWKM atas jemputan, perjumpaan itu dianggap hanya sebagai syarat 'drama' sahaja. 


"Geli, jijik dan mual aku membaca statement menteri ini. Selama ini dia hanya mendiamkan diri ketika kes ini mula bicara. Tiada tanda sokongan pun dikeluarkan. Even sebelum itu pun dia kaku membisu sahaja. 


"Kami telah berjumpa dengan dia di pejabatnya tahun lepas atas jemputan dia. Aku personally telah sound dia ketika itu. Aku dah minta Syed Azmi dipecat juga, aku juga suruh dia letak jawatan kalau bagi alasan tak ada masa. 


"Tiba-tiba selepas TMJ keluarkan kenyataan, dia muncul pula. Laju sahaja nak offer diri berjumpa. Apa yang dia tahu berbanding kami? Walhal dia adalah orang yang sepatutnya champion memperjuangkan nasib adik Bella. Tetapi dia tidak berbuat demikian walaupun dia sebenarnya ada segala dokumen yang telah kami hantar dalam memorandum dan dia telah dengar segala cerita kami. 

  

"Dia sepatutnya menjadi betina singa yang mengamuk apabila melihat anaknya dicederakan sebegitu rupa. Dia ada segala akses untuk memberi tekanan. Ada dia buat?" ujarnya.




Sumber: Aliff Ahmad

Previous
Next Post »
0 Komentar