Tak puas hati anak ditampar, bapa cekik & hempas rakan anaknya sampai berdarah kepala

April 25, 2022

Tak puas hati anak ditampar, bapa cekik & hempas rakan anaknya sampai berdarah kepala



Seorang murid Tahun Tiga mengalami kecederaan selepas dipukul bapa kepada rakannya, dalam kejadian yang berlaku di luar pagar sebuah sekolah di Chendering, Kuala Terengganu. 


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1 petang Ahad, berpunca daripada peselisihan faham di antara mangsa dengan rakannya. 


Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, mangsa bermain dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakannya itu. 


Rakannya kemudian mengadu kepada bapanya yang dia telah ditampar oleh mangsa. Lelaki itu kemudian datang lalu mencekik dan mengangkat mangsa sebelum dihempas ke bawah yang menyebabkan kepala mangsa terkena batu dan mengalami luka kecil. 


Pihak sekolah kemudian segera menghubungi bapa mangsa untuk memaklumkan kejadian itu. Mangsa kemudian diambil oleh bapanya dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. 






Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 


Sumber: Kosmo

Previous
Next Post »
0 Komentar