Kim Jong-un gesa rakyatnya minum teh untuk lawan gejala Covid-19

May 20, 2022

Kim Jong-un gesa rakyatnya minum teh untuk lawan gejala Covid-19



Korea Utara menasihatkan rakyatnya melawan wabak Covid-19 dengan menggunakan ubatan tradisional seperti teh memandangkan varian Omicron sedang menular di kalangan warganya yang tidak diberi suntikan vaksin. 


Awal bulan ini, Kim Jong-un mengaku buat pertama kalinya bahawa pandemik itu telah sampai di negaranya.


Sebelum ini, Kim dengan berlagaknya mengatakan Korea Utara masih selamat kerana melaksanakan kuarantin ketat di kala negara-negara lain gagal mengekang penularan virus berbahaya itu. 


Kini, negara komunis itu terpaksa mengarahkan rakyatnya bergantung pada ubat-ubatan tradisional untuk melawan gejala demam yang sedang melanda. 


Media tempatan, Rodong Sinmun melaporkan, pakar perubatan tempatan mengesyorkan mereka yang tidak mengalami gejala yang teruk untuk mengambil teh madu, halia dan dau willow. 


Walaupun ia dapat membantu merawat batuk, sakit tekak dan keradangan, ia  tidak dapat merawat virus berbahaya itu. 


Air garam juga dikatakan dapat membantu dengan media kerajaan melaporkan bahawa beribu tan garam telah dihantar ke Pyongyang untuk membuat 'antiseptic solution'. 


Pasangan Korea Utara yang ditemubual oleh media, mengesyorkan orang ramai berkumur menggunakan air garam sebaik saja bangun dari tidur. Tetapi tiada bukti kajian yang menunjukkan amalan itu berkesan mencegah penularan Covid. 


Beberapa ubat-ubatan moden juga telah dicadangkan kepada rakyat Kora Utara. Stesen TV tempatan menasihatkan pesakit menggunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan antibiotik seperti amoksisilin yang boleh meredakan gejala Covid-19. Namun, ia tidak membantu menangani virus atau mencegah penularan. 


Kegagalan Korea Utara mendapatkan maklumat mengenai wabak Covid-19 jelas sekali menunjukkan sistem penjagaan kesihatan Kim Jong-un gagal. 


Lebih teruk lagi, kemerosotan ekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan peruntukan bagi perkhidmatan kesihatan telah dipotong, rakyat juga merungut mereka sukar mendapatkan rawatan dan ubat sekiranya bukan terdiri daripada golongan ternama. 


Sumber: Daily Star

Previous
Next Post »
0 Komentar