Lembu ditangkap & bakal dihukum penjara kerana membunuh budak 12 tahun

June 07, 2022

Lembu ditangkap & bakal dihukum penjara kerana membunuh budak 12 tahun



Pihak berkuasa Sudan Selatan mengesahkan mereka menahan seekor lembu atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. 

Polis mengesahkan pihaknya telah menahan lembu berkenaan bersama dengan pemiliknya selepas haiwan itu dituduh menyerang seorang kanak-kanak berhampiran sebuah ladang di Lakes State. 


Akibat dari serangan yang tidak dijangkakan dari lembu jantan itu menyebabkan mangsa terbunuh serta-merta di lokasi kejadian. 


Jurucakap Polis Sudan Selatan, Mejar Elijah Mabor berkata, "Lembu itu kini ditahan di sebuah balai polis di Rumbek Central County. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan dikembalikan semula kepada keluarganya untuk dikebumikan". 


Apa yang menarik ialah, itu bukan kali pertama haiwan ditangkap, didakwa dan dipenjarakan di negara itu. 


Sebulan yang lalu, seekor biri-biri jantan telah ditangkap atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 45 tahun. 


Dalam serangan kejam tersebut, mangsa, Adhieu Chaping telah dilanggar oleh haiwan itu berulang kali di bahagian dada. Mangsa disahkan mengalami luka dan mati akibat kecederaan dalaman. 


Menurut jurucakap polis, "Pemiliknya tidak bersalah, tetapi biri-biri jantan itu yang melakukan jenyah tersebut dan ia patut ditangkap."


Sebagai hukuman, biri-biri terbabit telah diperintah untuk menjalani hukumannya di kem tentera di mana dia akan dipenjarakan selama tiga tahun. 


Sumber: Daily Star

Previous
Next Post »
0 Komentar