'Puncanya mak pelanggan order air lemon, nak sebiji lemon' - Pihak Restoran 35 akui emosi, tampil mohon maaf

June 11, 2022

'Puncanya mak pelanggan order air lemon, nak sebiji lemon' - Pihak Restoran 35 akui emosi, tampil mohon maaf

Foto Malaysia Gazette


Jika semalam, anak kepada pemilik Restoran 35 mendakwa pelanggan yang membuat posting di Facebook memburukkan imej perniagaannya, berbeza dengan kenyataannya hari ini di mana kejadian itu berpunca dari ibu kepada pelanggan (SisYana) berkenaan yang dikatakan membebel air lemon yang dipesan tidak mengikut permintaannya. 


"Pada mulanya, anak adik lelaki saya menghantar air lemon yang telah diperah dan (diletak) sekeping lemon dalam minuman tersebut. Apabila minuman itu sampai, wanita itu terus membebel kerana pesanannya tidak dituruti," kata Nor Abdilla Baharom, 39. 


LAPORAN BERKAITAN


Mereka kemudian semula sebiji lemon yang telah dipotong, tetapi mendakwa ibu kepada SisYana masih membebel dan berkata, "Dia orang berniaga, jadi dia tahu sukatan buah lemon sebiji". 




Mengulas mengenai nenek kepada Nor Abdilla yang dikatakan melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan sehingga membuatkan pelanggan berkenaan berasa kurang selesa, berlaku salah faham. Ini kerana dia dan ibunya sahaja dimarahi oleh warga emas terbabit kerana mereka masih membenarkan pelanggan masuk meskipun premis mereka sudah mahu tutup. 

Enggan memanjangkan lagi isu itu, Nor Abdilla memohon maaf kepada pelanggan berkenaan dan mengakui mereka gagal mengawal emosi sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku. 


"Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu saya teremosi, naik angin dan meninggikan sedikit suara kepada pelanggan. Ini kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan yang membuatkan kita naik angin. Kita pun bukan suka-suka naik angin, nak marah, nak meninggikan suara terhadap pelanggan. 


"Mungkin kita akan betulkan di lain masa, yang mana tak betul itu kita akan ubah. Tetapi bagi yang rasa tak sesuai makan di kedai saya, tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada pelanggan. Hak masing-masing.


"Kalau pelanggan tetap, mereka tahu. Kalau rasa yang tak nak datang, tak suka layanan saya, terpulanglah.



"Orang Melaka percakapannya kadang-kadang memang kasar, ada sedikit kuat, tetapi tak semua percakapan orang Melaka itu dalam bentuk makian. Dia kena faham tu, kita cakap kuat tak bermakna kita maki orang. 


"Tempat lain mungkin tak faham lah, kadang-kadang bahasa tempat orang lain, lain. Tempat kita, Melaka, lain. Jadi, dia kena fahamlah (percakapan orang Melaka) bukan makian. Tapi kadang-kadang bila keluar percakapan makian itu, mungkin orang itu dah naik angin," katanya. 


Nor Abdillah juga berharap isu itu selesai dan menyerahkan sepenuhnya kepada orang ramai untuk memilih restoran asam pedas yang menetapi cita rasa mereka.


Dalam tinjauan wartawan Malaysia Gazette hari ini, walaupun tular di media sosial, restoran itu masih dikunjungi ramai pelanggan termasuk pelancong luar sehingga ada yang sanggup beratur.  


Sumber: Malaysia Gazette

Previous
Next Post »
0 Komentar