'Mohon maaf, tapi tetap nak cakap pelanggan salah?' - Reaksi pelanggan terhadap permohonan maaf Restoran 35

June 11, 2022

'Mohon maaf, tapi tetap nak cakap pelanggan salah?' - Reaksi pelanggan terhadap permohonan maaf Restoran 35

Foto SisYana


Susulan permohonan maaf dari pihak Restoran 35, pelanggan berkenaan, SisYana, bagaimana tidak 'berkenan' dengan permohonan maaf tersebut. 


Menurut SisYana, walaupun permohonan maaf telah dibuat tetapi 'nadanya' seolah-olah masih menyalahkan pelanggan. 


"Mohon maaf, tapi tetap nak cakap pelanggan salah. 'Customer always right la...', No school ke?" katanya. 




SisYana bagaimanapun tidak mahu memanjangkan lagi isu itu kerana menurutnya jika hal itu diheret lebih jauh sehingga melibatkan wang ringgit, akan ada yang kesal di kemudian hari. 


"Cukup baiklah saya tak panjangkan lagi hal ini. Dia nak keluar duit agaknya, baru dia betul-betul kesal kot," ujarnya. 


LAPORAN BERKAITAN


Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan pihak Restoran 35 telah memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan. Dalam permohonan maaf itu, Nor Abdilla Baharom, 39, menjelaskan insiden itu berpunca dari ibu kepada pelanggan berkenaan yang membebel air lemon yang dipesan tidak mengikut permintaannya. 


Dalam masa sama, bebelan nenek mereka telah menyebabkan pelanggan yang membawa keluarganya dari Singapura berasa kurang senang. Sedangkan nenek itu dikatakan membebel terhadap Nor Abdilla dan ibunya yang masih menerima pelanggan walaupun waktu beroperasi sudah hampir tamat. 


"Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu saya teremosi, naik angin dan meninggikan sedikit suara kepada pelanggan. Ini kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan yang membuatkan kita naik angin. Kita pun bukan suka-suka naik angin, nak marah, nak meninggikan suara terhadap pelanggan. 


"Mungkin kita akan betulkan di lain masa, yang mana tak betul itu kita akan ubah. Tetapi bagi yang rasa tak sesuai makan di kedai saya, tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada pelanggan. Hak masing-masing.


Hari ini, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar juga mengambil maklum mengenai kejadian itu dan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika orang ramai mahu memboikot restoran tersebut kerana pengguna mempunyai hak untuk berbuat demikian. 


Sumber: Facebook SisYana, Utusan Online

Previous
Next Post »
0 Komentar