Roti canai mula naik harga, alasannya harga barang mentah di pasaran naik mendadak

June 09, 2022

Roti canai mula naik harga, alasannya harga barang mentah di pasaran naik mendadak



Pengusaha dan penjual roti canai memberikan alasan mereka terpaksa menaikan harga makanan itu berikutan kenaikan harga barang secara mendadak di pasaran. 


Pemilik Maam Maju Corner, Ismail, 60, berkata, harga roti canai dinaikkan sebanyak 20 sen ekoran kenaikan harga tepung, minyak masak dan kacang dal. 


"Saya terpaksa menaikkan harga roti canai daripada RM1.20 ke RM1.40 setimpal dengan peningkatan harga barangan mentah di pasaran sekarang. 


"Saya berharap selepas ini, tiada lagi peningkatan drastik harga barangan mentah dan tiada lagi masalah stok barangan mentah," katanya. 


Sementara itu, pengusaha restoran, Norliana, 43, mengakui turut terkesan dengan masalah mendapatkan barangan mentah di pasaran. Disebabkan tiada pilihan lain, dia terpaksa menggunakan tepung jenama lain untuk menghasilkan roti canai.


"Memang susah mendapatkan tepung yang saya selalu gunakan untuk menghasilkan roti canai. Saya terpaksa menggunakan tepung jenama lain dan perlu menyesuaikan sukatan tepung yang diperlukan untuk menghasilkan roti canai yang lembut dan garing," katanya. 


Bagi pekerja restoran Barakath Noor Wangsa Maju, Riswan, 42, pula berkata, roti canai di tempat kerjanya masih dijual pada harga kekal dan tidak dinaikkan harga setakat ini. Majikannya sedang menunggu maklumat lanjut daripada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia untuk mengetahui harga terkini bagi semua pilihan roti canai. 


Sumber: Harian Metro

Previous
Next Post »
0 Komentar