(Video) Bengang dipecat, pengendali jengkaut balas dendam musnahkan beberapa rumah mewah
Seorang pengendali jengkaut yang tidak berpuas hati kerana dipecat oleh majikannya baru-baru ini bertindak membalas dendam dengan memusnahkan beberapa rumah mewah di Muskoka Marina di Ontario, menyebabkan pemilik marina berkenaan mengalami kerugian ratusan juta dolar.
Lelaki berusia 59 tahun itu telah didakwa melakukan khianat dan didenda $5,000 atau RM22,280 selepas video yang menunjukkan dia menggunakan jengkaut untuk memusnahkan beberapa hartanah itu di Muskoka Marina, tempat percutian musim panas yang popular dengan kehadiran orang kaya dan terkenal di Ontario, tular di media sosial.
Anggota polis tiba di tempat kejadian pada jam 8 malam sejurus mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada 21 Julai lalu dan mendapati berlaku kerosakan yang teruk pada beberapa buah rumah terbabit.
You can’t make this up. A disgruntled, fired employee from a marina near our lake house snapped and destroyed the entire marina with an excavator. Does anyone have more information on what happened? #Muskoka pic.twitter.com/XcCLAVBFMy
— Don Tapscott (@dtapscott) July 27, 2022
Hanya selepas video itu tular di media sosial, polis berjaya mengenalpasti suspek dan terus ditahan. Dia kini dijadualkan untuk hadir di mahkamah dan bakal berdepan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.
Walaupun polis, mahupun pemilik rumah yang rosak itu tidak sanggup membuat spkelusi mengenai motif tertuduh. Tetapi video yang viral di laman Twitter itu jelas menunjukkan ia adalah kerja bekas pekerja yang tidak berpuas hati.
Sumber: Oddity Central
0 Komentar