(Video) 'Mohon netizen beri ruang kepada isteri saya, dia masih berumur 25 tahun' - DDNK

September 14, 2022

(Video) 'Mohon netizen beri ruang kepada isteri saya, dia masih berumur 25 tahun' - DDNK



Dikecam hebat oleh netizen sejak media melaporkan perkahwinan mereka, pakar saham, Dato Dr Nazri Khan (DDNK) tampil memohon netizen berhenti mengecam isterinya, Tuan Nor Ernie Rosemerie. 


Menerusi video yang dimuat naik oleh Caprice di Instagram, Nazri terdahulu berterima kasih kepada semua yang memberikan reaksi positif berhubung majlis perkahwinannya minggu lalu. 


Nazri mengakui majlis perkahwinannya yang dilaporkan media telah menimbulkan kekecohan hebat di media sosial sehingga ada yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap mereka. 


"Terima kasih kepada semua komen-komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya. Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan dalam alam maya, alam siber.


"Cuma saya mohon kepada netizen untuk memberi sedikit ruang kepada isteri saya, Tuan Ernie, supaya dia tidak dikecam. Dia masih lagi berumur 25 tahun, seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku. 


"Dan kita minta, mudah-mudahan semua orang mendoakan perkahwinan kami insyaAllah lebih bahagia, lebih tenang dan mudah-mudahan kita akan selamat dari sebarang tribulasi (kesusahan). Terima kasih," katanya.



Terdahulu, Tuan Nor Ernie, memberi amaran kepada mana-mana individu atau pihak bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya gambarnya disalahgunakan. Amaran itu termasuk bagi mereka yang menyebarkan fitnah mengenai dirinya. 


"Tolong hormat gambar dan privacy saya. Saya akan ambil tindakan yang wajar jika gambar saya disalahgunakan. Termasuk segala fitnah yang disebarkan," katanya. 


Sumber: IG Caprice

Previous
Next Post »
0 Komentar