(Video) 'Siapa pukul dulu?! Lanjia*!' - Pengurus bengkel tak puas hati premis disita terus pukul Penguatkuasa MBJB, ditahan polis

September 07, 2022

(Video) 'Siapa pukul dulu?! Lanjia*!' - Pengurus bengkel tak puas hati premis disita terus pukul Penguatkuasa MBJB, ditahan polis



Seorang pembantu penguatkuasa Majlis Bandarya Johor Bahru (MBJB) mengalami kecederaan akibat dipukul oleh pengurus sebuah premis, ketika sedang menjalankan operasi penyitaan sebuah kedai di Taman Pelangi, pada Ahad lalu. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian yang berlaku pada jam 1.50 petang itu membabitkan lelaki berusia 48 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan MBJB. 


Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka akibat ditumbuk, selain mengalami lebam di lutut kirinya. 


Siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan operasi sitaan barangan yang dijalankan oleh MBJB. Namun MBJB bertindak demikian kerana premis tersebut tidak memiliki lesen beroperasi. 




Ekoran kejadian itu, suspek telah ditahan polis pada jam 1.15 petang keesokan harinya dan disiasat mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 07-2182323. 


Sumber: Sinar Harian

Previous
Next Post »
0 Komentar