'Saya tak pernah paksa Shermine keluar dari rumah walaupun dah bercerai' - Influencer TikTok View Chin akui 4 bulan simpan rahsia rumah tangga daripada umum
Influencer TikTok, View Chin, 33, tidak menolak kemungkinan bekas isterinya, Shermine, melemparkan semua dakwaan terhadapnya di media sosial adalah untuk mendapatkan semula hak penjagaan anak-anak.
Dalam temubual eksklusif bersama China Press, View Chin memaklumkan, walaupun dia telah menyatakan hasratnya untuk bercerai sejak Ogos tahun lalu, Shermine katanya cuba menghalangnya daripada berbuat demikian dengan menangis dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan itu lagi.
Tetapi View Chin sudah nekad dengan keputusannya itu dan akhirnya dia berjaya mendapatkan hak penjagaan ke atas tiga orang anaknya.
Walaupun telah bercerai, View Chin tidak menghalang Shermine untuk bertemu dengan anak-anak kerana bekas isterinya itu adalah ibu kepada anak-anaknya.
Tetapi View Chin mendakwa, bekas isteri telah mengambil anak-anaknya dan perabot di rumah turut diambil tanpa pengetahuannya. Bimbang dengan keselamatan anak-anak, View Chin tampil membuat laporan polis.
MENGAKU PUKUL ISTERI
"Saya mengaku saya pukul isteri dan itu adalah kesilapan saya dan saya mohon maaf," katanya berhubung video rakaman kamera litar tertutup yang ditularkan oleh Shermine..
View Chin mengaku kejadian itu berlaku pada beberapa tahun lalu dan ketika itu mereka berselisihan faham di tempat kerja yang menyebabkan dia hilang pertimbangkan lalu menampar isterinya.
"Kali kedua saya pukul dia sebab saya dapat tahu dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain," katanya yang mendakwa video tersebut telah disunting, bukannya video penuh yang menunjukkan keseluruhan kejadian, sehingga menyebabkan dia dikecam teruk oleh netizen.
NAFI PAKSA ISTERI MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK BERMORAL
Dalam pada itu, View Chin menafikan dakwaan Shermine kononnya dia memaksa bekas isterinya itu untuk mengambil ubat terlarang, melakukan hubungan intim secara bertiga sambil dirakam, mengugut menyebarkan video tidak senonoh.
View Chin juga membuat permohonan maaf kepada bekas isteri, anak-anak, keluarga, Mira, pengikut di media sosial dan yang lain-lain terkesan dengan insiden tersebut.
"Saya memilih untuk berdiam diri kerana saya tidak mahu masalah peribadi saya memberi kesan kepada anak-anak. Tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan saya," katanya.
Jelasnya, ini adalah kenyataan pertama dan terakhirnya berhubung penjelasan mengenai apa yang berlaku. Jika ada sebarang rumors palsu mengenainya selepas ini, dia akan mengambil tindakan undang-undang.
4 BULAN SIMPAN RAHSIA TENTANG STATUS RUMAH TANGGA
Biarpun telah bercerai sejak Disember lalu, View Chin tidak memaklumkan tentang keruntuhan rumah tangganya kepada sesiapa termasuk anak-anaknya selama empat bulan.
Jelas View Chin, dia tidak mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarga, saudara mara, kakitangan syarikat dan sebagainya, kerana ia bukanlah perkara yang baik.
Dia mengaku masih tinggal bersama dengan Shermine selepas bercerai dan apabila bekas isterinya itu menyatakan hasrat untuk berpindah keluar, dia tidak pernah menghalangnya untuk keluar daripada rumah itu.
"Saya beritahu dia tak apa, ambillah masa (cari kediaman baru) dan awak boleh pindah selepas jumpa rumah yang sesuai. Dan saya tidak memaksa ia untuk berpindah keluar," katanya.
Sehinggalah Jumaat, 14 April lalu dia mendapati Shermine dalam diam telah membawa anak-anaknya keluar daripada rumah tanpa pengetahuan dan menularkan di media sosial tentang kecurangannya.
View Chin berkata, dia tidak faham mengapa bekas isterinya itu sanggup bertindak secara tiba-tiba. Namun dia percaya tindakan Shermine itu berkaitan dengan dua insiden pertengkaran mereka berkaitan dengan kerja di pejabat pada 12 April lalu.
Sumber: China Press
0 Komentar