'Dia sedang bersarapan, tiba-tiba jatuh' - Anak saudara dedah Ridzuan Hashim hidap masalah jantung, angin ahmar

May 04, 2023

'Dia sedang bersarapan, tiba-tiba jatuh' - Anak saudara dedah Ridzuan Hashim hidap masalah jantung, angin ahmar



Pelakon Ridzuan Hashim dilaporkan meninggal dunia tengah hari Khamis dan perkara ini disahkan oleh anak saudaranya yang juga pelakon, Iman Zulkarnain. 


Ridzuan yang berusia 61 tahun sebelum itu sedang bersarapan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, namun secara tiba-tiba terjatuh. 


"...ketika itu dia sedang bersarapan dan tiba-tiba sahaja jatuh. Kemudian anak lelakinya melakukan pemeriksaan dan memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. 


"Tiba di hospital, arwah disahkan telah meninggal dunia," katanya. 


Menurut Iman, bapa saudaranya itu mempunyai masalah kesihatan jantung dan angin ahmar. Ridzuan juga telah lama menyepi daripada industri berikutan masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan. 


Bagaimanapun, punca sebenar kematian Ridzuan masih belum diketahui daripada pihak hospital. 


Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, hari ini. 


Sumber: mStar Online

Previous
Next Post »
0 Komentar