Showing posts with label Kaki Share. Show all posts
Showing posts with label Kaki Share. Show all posts

Pecah Rekod, Pematah Hati Dua Hari Cecah 1 Juta.

December 03, 2017 Add Comment
Pecah Rekod, Pematah Hati Dua Hari Cecah 1 Juta.

KUALA LUMPUR, 1 Disember: Hanya mengambil masa dua hari sahaja, muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Pematah Hati mencecah 1 juta tontonan.

Lebih membanggakan, muzik video yang menampilkan pelakon Aedy Ashraf itu sehingga kini selesa berada di tangga ke #3 carta Trending Youtube Malaysia sejak semalam.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi.

Malah penyanyi berusia 25 tahun ini terharu dengan komen-komen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

Nabila turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharunya itu selain memberi komen positif terhadap muzik videonya itu.Pematah Hati adalah ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

Dalam pada itu, Nabila berkata, muzik video Pematah Hati adalah arahan dua pemuda berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs.Cerita Nabila, dia dan pihak pengurusannya bertemu dengan Storytellrs yang kebetulan sedang menggembara di Malaysia sebelum mereka bersetuju bekerjasama menghasilkan muzik video tersebut.

Jelasnya, konsep muzik video berkenaan adalah idea daripada mereka sendiri yang berjaya memberi sentuhan bertaraf antarabangsa dan ia disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

Ia menjalani penggambaran di beberapa lokasi di ibu negara termasuk di Blues and Bees, The Bee dan Living Space.

Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Tanjung and Wanie.Selain Youtube, Pematah Hati kink boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer.

-www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Rakan Artis Pernah Offer Dadah Pada Janna Nick.

November 30, 2017 Add Comment
Rakan Artis Pernah Offer Dadah Pada Janna Nick.


Pelakon popular Janna Nick yang pernah ditawarkan dadah oleh rakan sesama artisnya, dia juga turut akui pernah teringin untuk mencuba menambahkan tenaga kerana masih berfikiran waras.Tetapi dia menolaknya.

Namun ramai rakan artis mengambil dadah bagi tujuan berseronok dan mengatasi tekanan.Dia juga tidak kisah berkawan dengan rakan yang mempunyai tabiat buruk.

“Sebagai manusia pasti terdetik rasa ingin mencuba tapi semuanya terletak pada pendirian masing-masing sama ada untuk terjebak atau tidak. Saya sendiri tidak mahu masa depan saya gelap disebabkan dadah”

“Jika bertemu mereka saya tidak akan berjumpa pada waktu bekerja. Walaupun kadang-kadang saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi saya okey,” katanya kepada Projek MMO mengenai beberapa kenalan memberitahunya dadah boleh memberikan tenaga.

Namun,Janna selagi boleh mengelak untuk bertemu dengan mereka yang suka membawa dadah ketika melepak.Kebanyakkan beragama Islam sedih mendegar industri hiburan yang bergelumang dengan dadah.

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Nabila Razali Si Pematah Hati Buat Peminat Sakit Hati.

November 30, 2017 Add Comment
Nabila Razali Si Pematah Hati Buat Peminat Sakit Hati.


Rupanya kisah percintaan Nabila Razali rupanya hanya sekadar lakonan sahaja.Difahamkan semua ini hanya gimik untuk mempromosikan video klip terbaru Pematah Hati.Apa yang boleh dicakapkan promosi dan gimik mereka sangat menjadi.

Malahan,Ada yang sehinggakan ramai yang percaya dan fikirkan benda ini benar-benar terjadi.Walaupun ramai yang rasa seperti dipermainkan dan tertipu dengan lakonan mereka.

Namun,semua tetap memuji dan bangga dengan hasil video klip yang dilakukan.Akhirnya persoalan mengapa Aedy Asharaf bersama Nabila terjawab dengan jelas.





-www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Fattah Amin Hadiahkan Kereta Peugeot Khas Orang Tersayang.

November 29, 2017 Add Comment
Fattah Amin Hadiahkan Kereta Peugeot Khas Orang Tersayang.


Baru-baru ini,pelakon lelaki Fattah Amin baru saja menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai berjaya merangkui trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada Mei lalu.

Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya.Perjalanan seni masih jauh buat Fattah dan pastinya hari mendatang akan lebih mencabar buat pelakon lelaki ini. 

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” jelasnya kepada BH Online.


Sumber : BH Online.

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Elyana Terima Teguran Tentang Isu Berhijab Dari Peminat.

November 29, 2017 Add Comment
Elyana Terima Teguran Tentang Isu Berhijab Dari Peminat.

Baru-baru ini penyanyi Elyana ada memberitahu tentang kanser limfoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu.Pengumumannya itu membuatkan ramai yang bersedih serta terkejut dengan berita itu.

Namun dengan itu ada juga yang tidak berapa sensitif mengenai derita orang apabila penyanyi itu tidak berhijab dipertikaikan.Ada juga sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan.

“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya”

“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain.

FACEBOOK HERBAL RIMBA