26 tahun jarak usia, Danial kata itu hanya angka, tertarik dengan sikap penyayang Cikgu Jamaliah

May 05, 2023 Add Comment
26 tahun jarak usia, Danial kata itu hanya angka, tertarik dengan sikap penyayang Cikgu Jamaliah



Status dan usia bukan penghalang bagi pasangan untuk menyulam cinta seterusnya ke gerbang perkahwinan. Muhammad Danial Ahmad Ali, 22, membuktikan cinta tidak mengenal usia dan dia sendiri tidak menyangka akan terpikat dengan Jamilah, 48, yang juga merupakan bekas gurunya hingga berani menyuntingnya sebagai isteri. 


Kisah pasangan berkenaan mendapat perhatian selepas Muhammad Danial berkongsi video pendek menunjukkan peralihan fasanya daripada seorang pelajar menjadi suami kepada Jamilah.


Muhammad Danial yang bekerja di syarikat air, berkata, dia berkenalan dengan Jamilah ketika di tingkatan tiga iaitu pada 2016 sewaktu isterinya ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu.


"Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang," katanya.


Menurut Muhammad Danial, keinginan mengenali hati budi Jamilah mula ada selepas isterinya menghantar kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahirannya ketika dia di tingkatan lima.


"Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.


"Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.


"Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya,"katanya.


Setelah tidak dapat dihubungi, Danial nekad untuk mencari isterinya ke rumahnya lalu meluahkan perasaannya.


Menurutnya, isterinya masih menolak untuk menjalin hubungan serius dengannya ketika itu kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan.


"Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.


"Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.




"Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.


"Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat," katanya yang merahsiakan hubungan daripada rakan sekolah hingga ramai terkejut dengan perkahwinannya.


Katanya, usia hanya angka dan dia akan cuba sehabis baik untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.


"Syukur Allah permudahkan setiap urusan saya daripada awal sampai sah menjadi suami.


"Banyak lagi yang saya perlu belajar dan saya berasa bertuah kerana isteri banyak membantu memberi nasihat malah kami sering bertukar pandangan bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni," katanya yang terkejut selepas video dimuat naik di TikTok meraih tontonan tinggi hingga tular di laman sosial.


Sementara itu, Jamilah berkata, sejak berpisah dengan bekas suaminya pada 2007, fokusnya hanya untuk bekerja dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki atau terfikir mencari pengganti.


"Memang ada yang nak kenal tetapi saya tak mahu malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya.


"Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.


"Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya," katanya.


Sumber: Harian Metro

'Dia sedang bersarapan, tiba-tiba jatuh' - Anak saudara dedah Ridzuan Hashim hidap masalah jantung, angin ahmar

May 04, 2023 Add Comment
'Dia sedang bersarapan, tiba-tiba jatuh' - Anak saudara dedah Ridzuan Hashim hidap masalah jantung, angin ahmar



Pelakon Ridzuan Hashim dilaporkan meninggal dunia tengah hari Khamis dan perkara ini disahkan oleh anak saudaranya yang juga pelakon, Iman Zulkarnain. 


Ridzuan yang berusia 61 tahun sebelum itu sedang bersarapan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, namun secara tiba-tiba terjatuh. 


"...ketika itu dia sedang bersarapan dan tiba-tiba sahaja jatuh. Kemudian anak lelakinya melakukan pemeriksaan dan memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. 


"Tiba di hospital, arwah disahkan telah meninggal dunia," katanya. 


Menurut Iman, bapa saudaranya itu mempunyai masalah kesihatan jantung dan angin ahmar. Ridzuan juga telah lama menyepi daripada industri berikutan masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan. 


Bagaimanapun, punca sebenar kematian Ridzuan masih belum diketahui daripada pihak hospital. 


Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, hari ini. 


Sumber: mStar Online

Ridzuan Hashim meninggal dunia, hembus nafas terakhir di HKL

May 04, 2023 Add Comment
Ridzuan Hashim meninggal dunia, hembus nafas terakhir di HKL



Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.


Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri sebentar tadi.


"Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian," kata Kamarul Izham ketika dihubungi.


Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham Ridzuan turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.


Ridzuan Hashim mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersil. 


Beliau menempuh era kegemilangan pada awal 1990an dan wajah kacaknya sering menghiasi banyak filem dan drama TV dan pernah memenangi beberapa anugerah perfileman dan televisyen atas keberkesanan lakonannya.


Beliau berkahwin dengan pelakon Didie Alias pada 1991 dan bercerai pada 2002, hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau mendapat 5 anak.


Sumber: Astro Awani

'Saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan' - Ifa Raziah ulas isu Dato' Hattan

May 03, 2023 Add Comment
'Saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan' - Ifa Raziah ulas isu Dato' Hattan



Walaupun sudah beberapa hari isu membabitkan penyanyi Dato' Hattan dan juga pembaca berita sebuah televisyen, sehingga kini isu tersebut masih belum reda. Semakin ramai yang tampil memberikan pendapat mengenai kejadian itu.


Selebriti dan juga usahawan, Ifa Raziah tidak terkecuali mengulas isu tersebut menerusi live di TikTok. 


Kata Ifa, kesalahan tidak seharusnya ditujukan kepada pembaca berita sahaja, sebaliknya pihak penerbit juga antara individu yang dipertanggungjawabkan diatas insiden yang berlaku.


Bagaimanapun, dia yang pernah mengendalikan sebuah program hiburan selama lapan tahun sebelum ini tidak menafikan ada kalanya sebagai pengacara tidak terlepas daripada membuat silap.


"Tidak boleh nak salahkan pembaca berita kerana soalan-soalan yang disediakan datangnya daripada produser. Semuanya akan dimaklumkan menerusi ear piece yang pembaca itu pakai di telinga mereka.


"Saya cakap secara general memandangkan saya juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa program selama lapan tahun.


"Kadang-kadang sebagai manusia kita tidak lari daripada buat silap, terlepas pandang. Produser juga perlu melakukan research juga, jangan harapkan pengacara. Pengacara juga perlu alert dengan isu-isu semasa," katanya.


Menurut Ifa lagi, kebiasaannya team produksi akan memberi penerangan terlebih dahulu kepada tetamu yang diundang atau ditemubual sebelum sesi rakaman atau siaran langsung. 


"Selalunya bila artis atau saya sendiri akan diinterview, pihak produser akan maklumkan terlebih dahulu, akan inform lebih awal. Produser tidak akan telefon main sebarang-sebarang sahaja.


"Produser akan tanya artis itu, sama ada sibuk atau tidak, free atau tidak sebab nak interview. Kalau artis tidak free waktu itu, mereka pasti tidak akan ganggu kita, dia akan cari artis lain," katanya.


Namun begitu, Ifa turut tidak bersetuju dengan tindakan Hattan yang bertindak sedemikian meskipun penyanyi itu sudah lama bertapak dalam industri.


"Mungkin waktu itu Datuk Hattan sedang bad mood, sebab kita tidak tahu apa situasi di rumahnya masa itu. Mungkin baru bangun tidur, sebab orang bangun tidur kan tengah mamai, baru lepas makan ubat ke.


"Bagaimanapun, cara Datuk Hattan menjawab tidak bolehlah begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Macam mana pun, keadaan Datuk Hattan mungkin juga sedang bersedih ketika itu.


"Walaupun berpangkat Datuk dan orang hebat dalam industri tidak bolehlah macam itu kan, sebab mesti dah dimaklumkan akan disiarkan secara live di tv, kalau rekod boleh edit. Saya sebagai orang yang melihat insiden itu, ada salah pada kedua-dua pihak," jelasnya.


Dalam pada itu, Ifa sempat berseloroh dengan mengatakan insiden yang berlaku sebagai karma.


"Saya sebenarnya tak mahu ulas sangat isu pasal orang lain. Tapi saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan," katanya.


Sumber: TikTok Ifa Raziah, OhMyMedia

'Macam dah lama je rancang rompakan' - 2 lelaki bersenjatakan parang rompak emas bernilai RM1.8 juta

May 03, 2023 Add Comment
'Macam dah lama je rancang rompakan' - 2 lelaki bersenjatakan parang rompak emas bernilai RM1.8 juta



Dua lelaki bertopeng melarikan dua beg berisi 7 kilogram (kg) emas dianggarkan bernilai RM1.8 juta dekat Jalan Pasar Rabu, Kuala Pilah, hari ini.


Memetik laporan daripada Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku di bahagian belakang sebuah kedai emas terbabit yang terletak di Jalan Undang Johol.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan kejadian itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.


"Daripada siasatan awal, kami mendapati kejadian membabitkan dua suspek yang bersenjatakan parang dan melarikan emas. Namun, belum ada makluman jika ada penggunaan senjata api lain.


"Maklumat lanjut belum diperoleh daripada ketua polis daerah dan kami akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya.


Kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perompak seolah-olah mengetahui pembekal emas membawa barang berharga dan meletakkan kenderaan di bahagian belakang premis. Rakaman CCTV itu juga turut tular di media sosial.


Sementara itu, pengurus kedai emas berkenaan, Noorhasliza Abd Rahman berkata, rompakan yang membabitkan dua pembekal emas dan berlaku di luar premisnya.


"Jika dilihat jenayah itu seolah-olah sudah lama dirancang. Mereka memaklumkan kejadian itu kepada kami dan kejadian dirakam melalui CCTV. Malah laporan polis sudah dibuat untuk tindakan lanjut," katanya.


Peniaga makanan di Medan Selera Jalan Pasar Rabu berkata, perompak berkenaan sangat berani kerana melakukan jenayah pada siang hari dan ketika orang sedang ramai.


Dia yang enggan dikenali berkata, lokasi kejadian sangat dekat dengan premisnya berniaga, namun tidak menyedari kejadian itu kerana ia berlaku dengan pantas.


"Tiada apa-apa bunyi yang mencurigakan. Ketika kejadian kami sedang melayan pelanggan yang datang makan tengah hari dan tidak menyedarinya berlaku dan hanya mengetahui kejadian ini selepas polis ke kawasan ini.


"Jika dilihat dari rakaman CCTV itu, mereka ini seolah-olah sudah mengetahui lokasi dan masa pembekal emas membawa barang berharga itu ke kedai emas. Malah mereka memang nekad melakukannya pada siang hari di kawasan terbuka," katanya.


Sumber: Harian Metro

'Ada beberapa artis, jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupa-rupanya...' - Wanita dedah taktik penipuan geng-geng founder produk timbang kilo

May 03, 2023 Add Comment
'Ada beberapa artis, jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupa-rupanya...' - Wanita dedah taktik penipuan geng-geng founder produk timbang kilo



Sebelum ini, kita didedahkan dengan produk timbang kilo yang tidak menepati piawaian, kali ini, seorang wanita yang bernama Emma yang juga merupakan bekas pengasas kecantikan mendedahkan pula mengenai senario sebenar di sebalik lambakan pengasas-pengasas produk kecantikan ini.


"Dari segi supplier, kilang kosmetik OEM bertaraf GMP ada di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor. Masa aku lawat kilang, banyak spot banyak produk artis dan beberapa jutawan yang aku ingat dia ada kilang sendiri. Rupa-rupanya OEM juga. 


"Mengenai database, waktu tu Geng Founder ada share database agen yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit, tak ingat berapa tapi dalam RM5,000 jugak. Jadi jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pulak. Cuma stokis ni satu je mindset dia, produk baru, jadi yang terawal jual cepat-cepat. Lepas tu cari produk lain," katanya.




SEWAKAN RUMAH/KERETA MEWAH KEPADA FOUNDER BAHARU


Dari segi pemasaran pula, Emma mendedahkan beberapa founder akan memberikan mereka kereta mewah dan disewa dalam masa tiga bulan. Sebagai pulangan, founder berkenaan akan menuntut beberapa peratus keuntungan produk sepanjang tempoh kenderaan itu disewa.


"Nama akan ditukar sementara kepada nama kami termasuk interchange number plate dan spray warna baru dan ada agreement.


"Selain kereta, founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Biasanya kami ambik beribu gambar dalam beberapa hari dan dengan baju yang berbeza. Tapi gambar tu akan dipost di media sosial sikit-sikit setiap hari," katanya.


Selain itu, keuntungan produk yang dibuat di kilang Thailand lebih berganda dan tidak hairanlah jika ramai yang sudah menjadi 'jutawan' produk timbang kilo. 


OVERCLAIM DAN SELALU BUAT REVIEW PALSU


Namun disebabkan timbulnya rasa bersalah, Emma mengambil keputusan untuk berhenti berniaga dengan cara yang tidak betul itu. Dia juga mendedahkan beberapa penipuan yang diajar oleh pengasas lain.


"Acah-acah ada kereta mewah. Penipuan dapat disorok sebab kereta tukar nama kepada nama aku dan nombor plat pun tukar.


"Overclaim. Buat review palsu bersama agen dan founder lain  Kami bertukar-tukar review je. Tapi banyak penipuan review agen yang buat dan share sesama diorang. Waktu tu aku ada dalam 40-50 orang agen satu Malaysia.


"Acah-acah ada rumah mewah, padahal semua fake. Aku ambik beratus gambar dan upload ke IG sikit-sikit atas nasihat founder lain. Aku stop upload sebab setiap kali upload memang rasa bersalah teramat. 


"Bila mula dengan penipuan, kita akan tutup penipuan dengan penipuan juga. Akhirnya, untung aku tu aku bagi sama rata dengan semua agen dan bayar full settlement loan. Sebab aku tak rasa keberkatan pun bila belanja duit tu. 


"Founder yang korang tengok kat IG/TikTok tu memang legit, tetapi setelah berbisnes 1-3 cycles. Sebab lepas berjaya, dia akan beli rumah dan kereta mewah. Cuma, kejayaan mereka bermula dengan penipuan. Ada juga founder yang lepas sukses first cycle, stop buat dan gunakan (hasil) untuk bukak restoran, kedai elektronik dan lain-lain," katanya.


Kredit: Emma, B40 Buat Perangai Apa Hari ni

Mahkamah dapati Siti Bainun bersalah, abai & aniaya Bella

May 02, 2023 Add Comment
Mahkamah dapati Siti Bainun bersalah, abai & aniaya Bella



Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella, di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.


Menerusi laporan Astro Awani, Hakim Izralizam Sanusi dalam keputusannya berkata, pembelaan tertuduh bukan sahaja tidak dapat dipercayai atau diterima, malah ia gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


"Oleh yang demikian, secara keseluruhan saya memutuskan pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dan dengan itu tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan pertama dan kedua mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika membacakan keputusan di sini, pada Rabu.


Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac 2022 dan pihak pendakwaan menutup kes tersebut selepas memanggil 22 saksi.


Saksi-saksi pendakwaan yang hadir ialah Bella sendiri selaku saksi pendakwaan (SP) ke-18; SP-5, bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; SP-17, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; SP-1, pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan SP-15, pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.


Pada 24 November tahun lalu, mahkamah memerintahkan tertuduh untuk membela diri atas dua pertuduhan berkenaan.


Selepas memanggil lapan saksi, pihak pembelaan Siti Bainun menutup kesnya pada 9 Mac lalu.


Antara saksi yang hadir membela Siti Bainun ialah saksi pembelaan (SD) ketiga, rakan pengasas Rumah Bonda; Pegawai Tadbir, Noor Marliana Ramlee dan SD-6, Engku Farah Hanis Abdul Jalil serta SD-8, pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai.


Kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.


Susulan itu, pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.


Pada 20 November tahun sama, pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu.


Sumber: Astro Awani

Budak 9 tahun maut dibunuh bapa yang bengang dengan isterinya keluar dari rumah tanpa izin

May 02, 2023 Add Comment
Budak 9 tahun maut dibunuh bapa yang bengang dengan isterinya keluar dari rumah tanpa izin



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri, Muhammad Qodad Affaul @ Afan, 29. 


Afan tergamak menghabiskan nyawa anak perempuannya menggunakan pisau di dalam bilik rumah sewa di Dusun Plampang, Kecamatan Menganti, Indonesia pada Sabtu lalu, jam 4.30 petang. 


Lapor Kompas, mangsa yang dikenali sebagai 'Z', merupakan pelajar sekolah pondok dan kos persekolahannya ditanggung oleh datuk dan neneknya. Z pulang ke rumah datuk dan neneknya beberapa hari sebelum tibanya 1 Syawal.


Dodik, 62, dan Yani, 60, sepakat menghantar cucu mereka ke sekolah pondok kerana tidak tahan melihat menantu dan anaknya sering bertengkar. 


Afan dan isterinya selalu bertengkar disebabkan masalah kewangan. Afan bekerja di kilang pengeluaran pakaian, manakala isterinya pula tidak senang duduk di rumah dan selalu menyatakan hasrat untuk kembali bekerja di pusat karaoke. 


Pertengkaran yang selalu berlaku di antara mereka membuatkan rumah tangga yang dibina sejak bertahun lamanya menjadi semakin renggang. Pasangan itu pernah berpisah seketika tetapi kembali bersama semula. 


Sempena Hari Raya Aidilfitri, Afan dan isterinya menjemput anak mereka dari rumah Dodik dan dibawa pulang ke rumah sewa mereka di Menganti untuk tinggal bersama. 


Namun, selepas seminggu kemudian berlaku kejadian yang tidak diingini di mana isteri Afan keluar dari rumah tanpa kebenaran. Si isteri keluar selepas bertengkar dengan Afan dan dia dipercayai kembali bekerja di pusat karaoke. 


Afan yang pernah mempunyai rekod penyalahgunaan dadah menjadi hilang akal dan mencari cara bagaimana mahu membunuh anaknya. 


Dalam masa yang sama, Z mengambil sekeping kertas dan ditulis ucapan selamat tinggal kepada tiga orang rakannya. 




Pada sabtu, 29 April 2023, selepas azan Subuh berkumandang, Afan terus menuju ke dapur dan mengambil pisau lalu pergi ke bilik anaknya. Ketika itu, mangsa sedang tidur meniarap dan Afan menikam punggung anaknya bertubi-tubi. 


Mangsa tidak sempat berteriak, kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga terus meragut nyawanya. 


Walaupun anak perempuannya telah mati, Afan berterusan menikam mangsa sehingga tembus ke jantung. Hasil laporan bedah siasat mendapati ada 24 kesan tikaman di badan mangsa.


Dengan pisau dan tangan berlumuran darah itu, Afan segera keluar dan melarikan diri dari rumah sewanya, sebelum menuju ke balai polis unttuk menyerah diri. 




Dodik dan Yani terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa cucu mereka, lalu datang ke balai sambil menangis. Mereka tidak menyangka bulan Ramadan yang lalu merupakan kali terakhir mereka bertemu dengan cucu kesayangan mereka. 


"Ibu bapanya selalu hisap dadah. Bagaimana bapanya tergamak membunuh anaknya sendiri. Tolonglah kenakan hukuman mati pada bapa dia," kata Dodik yang tidak akan memaafkan perbuatan menantunya itu.


Sementara itu, tidak diketahui di mana keberadaan ibu mangsa. 

Sakit hati gaji tak dibayar, pekerja pukul majikan sampai mati

May 02, 2023 Add Comment
Sakit hati gaji tak dibayar, pekerja pukul majikan sampai mati



Seorang lelaki berusia 27 tahun nekad memukul majikannya berusia 62 tahun, menggunakan sebatang kayu sehingga mati kerana tidak berpuas hati gajinya masih belum dibayar dalam kejadian 15 April lalu.


"Suspek mengaku membunuh mangsa kerana dendam dan sakit hati ekoran sering dimarahi oleh mangsa semasa bekerja. 


"Selain itu, suspek mendakwa gajinya mash belum dibayar oleh mangsa, lalu suspek merancang untuk membunuhnya," kata jurucakap polis Kabupaten Indragiri Hulu, Misran. 


Siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa sebelum itu bertengkar dan dalam diam suspek mengambil sebatang kayu sepanjang satu meter lalu memukul mangsa beberapa kali sehingga meninggal dunia. 


Suspek kemudian melarikan motosikal milik mangsa dan didalamnya mengandungi dompet, telefon bimbit dan kad pengenalan mangsa. 


Penduduk sekitar yang terdengar kekecohan itu terus segera datang dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, lalu menghubungi polis. 


Berdasarkan maklumat saksi, polis telah melancarkan gerakan memburu suspek sebelum berjaya ditangkap pada Jumaat, 28 April 2023. 


"Suspek melarikan diri bersama isterinya. Dia ditangkap semasa bersembunyi di sebuah rumah sewa di Kota Pekanbaru," katanya. 


Suspek terus ditahan reman untuk siasatan dan bakal berdepan dengan hukuman mati. 


Sumber: Kompas

'Barang kami dilonggok, ditinggalkan macam sampah di tengah hujan' - Pemilik butik

May 02, 2023 Add Comment
'Barang kami dilonggok, ditinggalkan macam sampah di tengah hujan' - Pemilik butik



Demi memastikan kelangsungan sesebuah majlis perkahwinan, pihak butik akan berdepan dengan pelbagai situasi yang tidak menjangkakan. Selain daripada faktor cuaca, mereka juga berdepan dengan pihak-pihak lain yang hanya mementingkan kepentingan diri.


Seperti yang terjadi kepada pemilik butik ini, dia berasa kesal dengan tindakan pihak kanopi di sebuah majlis perkahwinan. Barang-barang dan alatan perkahwinan dibiarkan dan ditinggalkan seperti sampah.


"First time sepanjang 22 tahun bekerja dalam bidang ni kami kena macam ni. Bila sampai tempat nak buka pelamin ini yang kami nampak, barang-barang kami dilonggok ditinggalkan macam sampah di tengah hujan. 


"Barang yang sememangnya punca rezeki rezeki kami. Barang yang bukan seringgit dua nilai tapi dibuat macam tiada harga. Prop dan barang-barang tu nilainya ribuan ringgit. Dan ada yang kami terpaksa buang sebab perbuatan tak bertanggungjawab ni. Kerosakan dan kerugian yang terpaksa kami tanggung disebabkan sikap tamak dan pentingkan diri oleh pihak kanopi. 






"Kami faham kerja. Tapi sekurang kurangnya bagilah kami masa nk kumpul budak, nak ke lokasi rumah pengantin pun dah makan masa lebih 20 minit, nak buang barang dalam lori lagi.


"Kalau betul tergesa-gesa nak guna kanopi, kami boleh pergi cabut atleast bagi tau pengantin awal sehari sebelum majlis pihak bridal kena buka awal sebab korang nak pasang kat tempat lain. 


"Kami paham laa kami standby lepas habis majlis terus kami cabut sebab kebiasaannya kanopi cabut sehari selepas majlis jika tak mengganggu lalu lintas. Ni bila dah nak cabut sangat kanopi baru bagi tau pengantin suruh call kami untuk buka. Mana sempatnya kami. Masa tu pukul 5 pengantin call.


"Team saya bukan sorang dua nak kena kumpul. Bukan sesuka hati cabut dan tinggalkan macam tu tengah lapang dalam hujan!! Kalau ada hati perut boleh je tinggalkan bawah bus stop depan rumah pengantin tu.


"Padahal dah tau kan masa tu mendung dah nak hujan sangat. Mana sifat perikemanusiaan?"


Namun begitu, dia bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pengantin yang sempat menyelamatkan beberapa barangan penting.


"Terima kasih sangat-sangat kepada keluarga pengantin yang sedaya upaya selamatkan kerusi pengantin,lampu dan ada sedikit barang yang sempat mereka bawa masuk ke rumah sebelom hujan. Prop + platform habis kembang kena air, bunga-bunga turun warna, kain kena besi karat, carpet habis rosak dan banyak lagi lah kalau nk listkan," tulisnya.


Sumber: Ita Andaman