'Mereka patah balik, aku terus masuk kereta' - Hati-hati semua, jangan panas enjin kereta lama² di luar rumah
Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, Ferdaus yang sedang memanaskan enjin keretanya di luar rumah didatangi sebuah kereta. Curiga dengan kehadiran kereta itu, dia segera masuk ke dalam kereta dan beredar dari lokasi sebelum diekori kereta terbabit.
"Kejadian berlaku jam tujuh pagi Selasa. Mereka (suspek) berlegar-legar di kawasan taman dan mereka perasan yang aku sedang memerhatikan mereka. Masa itu aku tengah kemas-kemas kereta di luar pagar rumah, nak pergi ke Pekan Nanas).
"Mereka terus berpatah balik menuju ke arah aku dan aku terus masuk kereta. Mereka follow aku selepas itu. Kalau awal-awal tahu mereka ada senjata api, memang cecah dinding aku tekan pedal minyak tadi," katanya.
Bimbang dengan keselamatan diri, Ferdaus membuat laporan polis dan dia dimaklumkan dua lelaki yang menaiki kereta itu berada dalam senarai dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun bersenjata.
"Suspek jenis ini dipercayai menyasarkan mangsanya secara rambang. Ada peluang untuk menyamun, dia akan terus jalankan kerja.
"Laporan polis telah dibuat, suspek memang dalam senarai dikehendaki oleh polis. Menurut informasi yang diperolehi, mereka terbabit dalam kes samun bersenjata bhai! Allahuakbar. Nasib aku baik pagi tadi,
"Suspek menaiki kenderaan jenis SUV, Mitsubishi ASX berwarna kelabu. Nombor pendaftaran pula seringkali bertukar katanya. Pemandu dan penumpangnya berbangsa India," katanya.
Difahamkan mereka kini aktif di kawasan Pulai, Kangkar Pulai. Sering berlegar-legar di kawasan perumahan.
"Kita tidak tahu apa yang mereka mampu lakukan. Kena lebih berhati-hati selepas ini. Aku ada pistol air saja beb, nak fight pistol api dia.
"Keluar rumah kena berwaspada, jangan panas enjin kenderaan lama sangat di luar rumah. Jika nampak kereta seperti ini, mengekori korang, berhati-hati sajalah. Unfollow saja mereka, padan muka mereka nanti kurang followers. Jadah betullah!
"Hati-hati semua dan semoga kita semua dilindungi Allah SWT." katanya.
0 Komentar