Kesian tengok anak busy sangat, ibu bantu anaknya kemas meja di McDonald's
Tindakan wanita ini membantu anak perempuannya yang bekerja di restoran rangkaian makanan segera di Filipina membuatkan netizen rasa terharu.
Pengguna Facebook, Rubie Lyn Mendoza baru-baru ini berkongsi beberapa gambar ibunya, Emilia dan adiknya, Jann, yang masih belajar bekerja secara sambilan di McDonald's di Navotas.
Dalam perkongsian itu, Rubie dan ibunya pergi melawat adiknya yang bekerja di restoran tesebut. Sebaik saja tiba, Jann memberitahu mereka bahawa hanya dia seorang saja yang ditugaskan untuk melakukan mengemas dan membersihkan meja, tambahan pula pelanggan ramai pada ketika itu.
Selepas Rubie mendapatkan pesanan makanannya, dia terkejut apabila melihat ibunya mula membantu adiknya mengemas meja.
Rubie memuat naik gambar-gambar itu di Facebook dan ramai yang terharu dengan tindakan ibunya yang dianggap benar-benar menyayangi dan tidak sanggup melihat anaknya bekerja bersendirian.
"Golongan ibu ini betul-betul istimewa, inilah antara sebabnya kita sayang sangat pada ibu kita," kata netizen.
Sementara itu, ada segelintir netizen mengkritik pihak restoran yang hanya menugaskan seorang kakitangan sahaja untuk melakukan kerja tersebut.
"Mana kakitangan yang lain? Apa punya restoran la suruh seorang je pekerja yang kemas dan bersihkan meja di waktu puncak macam ni," kata netizen.
Tidak kurang juga, ada yang menasihatkan orang ramai membiasakan diri untuk membuang sisa makanan sendiri ke dalam tong sampah yang disediakan bagi memudahkan pelanggan lain dan juga pekerja restoran.
Sumber: NextShark
0 Komentar