Lelaki mabuk tergelincir, mata terkeluar dari soket
Seorang lelaki dari timur China hilang sebelah mata selepas tergelincir di rumah dan tidak menyedari matanya tersembul keluar dari soket mata.
Mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai mabuk teruk ketika kejadian di rumahnya pada lewat malam Isnin lalu.
Ahli keluarganya kemudian membawanya ke hospital pada pagi keesokan hari selepas menemuinya terbaring berlumuran darah.
Ketika keluarga mangsa berada di hospital, mereka menerima panggilan dari rumah yang mengatakan mata mangsa telah ditemui.
Malangnya doktor berkata, mata lelaki itu tidak dapat disambung semula kerana sudah 'terpisah' terlalu lama selama enam jam.
Selepas sedar, mangsa terkejut mata kirinya hilang.
Doktor juga memaklumkan, otot-otot ekstraokular dan saraf optiknya sudah terkoyak. Pakar bedah hanya dapat menjahit lukanya bagi mengelakkan kerosakan teruk.
Sebelum dibedah, mangsa memberitahu kakitangan perubatan bahawa dia mabuk teruk pada waktu kejadian dan tidak berupaya mengingat apa yang berlaku.
Sumber: Daily Mail
0 Komentar