Perhimpunan sokong LGBT merosakkan masyarakat, mendatangkan malapetaka kepada negara

March 10, 2019

Perhimpunan sokong LGBT merosakkan masyarakat, mendatangkan malapetaka kepada negara


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyelar tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu yang menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. 

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menegaskan, JAKIM menolak sebarang usaha untuk mengiktirafkan LGBT di Malaysia, selaras dengan pendirian Perdana Menteri bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai yang diamalkan di negara barat itu. 

"Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam. 

"Demokrasi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-leibh lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia," katanya. 

Dalam perhimpunan itu, lebih kurang 1,000 orang menyertainya dari beberapa NGO antaranya Women's Aid ORganization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar, bermula dari pusat beli belah Sogo berarak ke Masjid Jamek. 

Perhimpunan itu juga disertai penyokong LGBT yang membawa bendera pelangi selaku simbol golongan songsang itu.

Kumpulan berkenaan menuntut penghapusan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender. 

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, haiwan pun pelik dengan tindakan penyokong LGBT yang berhimpun secara haram di ibu negaa. 

"Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka, bahkan mendedahkan betapa mereka itu 'cacat' mencacatkan fitrah," katanya. 

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan golongan LGBT tidak boleh diberikan ruang dan kerajaan perlu bertegas dalam hal ini kerana golongan ini hanya akan mendatangkan kerosakan dan malapetaka kepada negara. 

"Umat Islam yang menyertai perhimpunan menyokong LGBT itu dinasihatkan supaya bertaubat kerana tindakan mereka itu jelas melanggar hukum syarak. 

Susulan video perhimpunan itu viral di media sosial, pelbagai pihak membuat laporan polis. 

Sumber: Harian Metro

Previous
Next Post »
0 Komentar