Pesara berusia 120 tahun ditahan kerana melakukan hubungan seks secara terbuka di tempat awam
Seorang pesara yang mendakwa dirinya berusia 120 tahun, ditahan kerana didakwa melakukan hubungan seks secara terbuka dengan pasangannya di luar sebuah kedai emas di bandar Magelang, Indonesia.
Saksi yang melihat kejadian itu sempat membuat rakaman video sebelum rakaman itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Polis mula melancarkan gerakan mencari suspek dan pesara yang dikenali sebagai 'J' itu akhirnya berjaya ditemui sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. Ketika ditahan, warga emas terbabit memberitahu polis bahawa dia berusia 120 tahun.
Ketua Polis Bandar Magelang, Senior Komisioner Yolanda Evelyn berkata, suspek memberitahu dia berusia lebih dari 100 tahun dan dia kelihatan keliru ketika disoal siasat.
"Untuk kes video viral itu, polis masih menjalankan siasatan. Suspek dalam video itu juga telah ditemui tetapi perlu disahkan identitinya terlebih dahulu.
"Sehingga kini kami masih belum tahu siapa wanita bersama dengannya dalam video tersebut. Suspek kelihatan keliru dan dia perlu ditanya secara perlahan-lahan. Tetapi kebanyakan masanya dia mendiamkan diri," katanya.
Selepas disoal siasat, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dihantar pulang ke rumahnya.
Sumber: Daily Mail, Viral Press
0 Komentar