Tak puas hati, guru KAFA hempas murid sampai patah kaki

July 14, 2022

Tak puas hati, guru KAFA hempas murid sampai patah kaki

Foto Hiasan


Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mendakwa kaki kanannya patah akibat dihempas seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Marang pada 6 Julai lalu. 


Menurut sumber, kejadian yang menimpa mangsa hanya disedari ibunya berusia 36 tahun pada jam 5 petang hari yang sama selepas mangsa mengadu kakinya berasa sakit. 


Apabila ditanya mengenai punca, mangsa memaklumkan suspek tidak berpuas hati dengan perlakuannya di dalam kelas, lalu bertindak mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga menyebabkan kaki kanannya sakit.


Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan. Satu laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan lanjut. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

Previous
Next Post »
0 Komentar