'Dia tak peduli girls or boys semua diperkosa, even bayi pun dia dera' - Menggeletar tangan baca kezaliman sebenar Richard Huckle
Pedofilia boleh diistilahkan jenayah yang terselindung di sebalik topeng dan juga boleh dikatakan sebagai jenayah tanpa disedari oleh sesiapa. Kes pedofilia ini menjadi kebimbangan kepada ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak di luar rumah tidak terhenti di situ sahaja, malahan di media sosial juga mereka turut terkesan.
Terdahulu, Negara terkejut dengan kisah penangkapan Richard Huckle yang mengaku melakukan jenayah ke atas 200 orang kanak-kanak termasuk serangan seksual ke atas 23 orang mangsa di Kuala Lumpur.
Huckle berselindung di sebalik topeng kemesraannya dengan kanak-kanak dan orang kampung. Dia menjadi guru Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak dan jurugambar di sekitar kawasan tersebut dengan percuma. Kelakuan jijiknya tidak dapat dikesan sesiapa sehinggalah polis Australia mula menyiasat kes ini.
Perkongsian bebenang di twitter oleh Faith mengenai Huckle ini disokong oleh pengguna Twitter agar isu pedofilia ini dapat memberikan kesedaran kepada semua serta kes jenayah ini dapat dibanteras sewajarnya.
MUNGKIN ada yang tak tahu siapa mamat ni, Takpe, aku perkenalkan, Nama dia Richard Huckle. Dia seorang pedofil. Tahun 2016, dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 23 kali sebab dera secara seksual 23 orang kanak-kanak Malaysia dan memuat naik video penderaan itu ke dark web.
Macam mana kegiatannya diketahui? Sebenarnya, dia buat jenayah ni hampir keseluruhannya di Malaysia, tapi tak ada orang sini yang sedar. Yang mula kenalpasti kegiatan dia ialah polis Australia.
Mula-mula sekali, polis sana dan Europe dapat tahu tentang satu forum di dark web. Forum ni dipanggil True Love Zone (TLZ). Password-protected, encrypted dan dilindungi specialist software. Semua members adalah anonymous.
Di Forum ni, semua members dia diwajibkan memuat naik gambar dan video penderaan seksual kanak-kanak secara berkala. Kalau tak, kena tendang dari situ.
Jadi polis Australia dan Europe bekerjasama mendapatkan maklumat dari forum TLZ ni. Mereka mengambil masa melayari forum itu dan laman-laman chat kat dark web dan internet biasa (www). Kemudian mereka perasan yang founder dia suka guna greeting yang pelik iaitu, 'Hiyas'.
The next thing they did, mereka cari di internet biasa siapa yang suka mengguna greeting 'Hiyas' ini dan mereka terjumpa satu akaun Facebook yang juga mengguna greeting tersebut. Tetapi akaun itu akaun palsu.
However, ada satu gambar kenderaan dalam akaun itu. Dari gambar itu, mereka kesan satu individu bernama Shannon McCoole, dia ni kerja kat nursery kat Adelaide, Australia. Tahun ni sepatutnya umur Shannon ni 35 tahun. So dah dapat kesan dia, polis sana pergi tangkap. Masa ditahan, dia tengah melayari forum TLZ itu.
Mereka ambil gambar tangan Shannon. Kemudian dekat tangan dia ada satu tanda lahir yang serupa dengan tangan dalam gambar-gambar abuse kat TLZ. Itu pun dah cukup untuk dakwa dia di mahkamah. Jadi bila dia dah kena tangkap, browser dia masih dalam keadaan login ke TLZ.
Polis guna login dia untuk browse forum tu, kemudian mereka perasan satu member yang terkenal kat forum tu sebab dia banyak upload gambar dan video. Member tu ialah si Richard Huckle. Huckle ni memang menonjol sebab perangai cakap besar dan pelik sikit kat dalam forum tu.
Disebabkan dia ni juga seorang yang agresif dan material abuse yang dia upload terlalu banyak, polis Australia dapatkan maklumat dia di www. Didapati dia ni rakyat Britain, tinggal di Malaysia secara tetap sejak 2010. Dia mengaku diri dia pastor Kristian dan tinggal di kawasan kampung, pinggir bandar ibu kota. Dia pandai tangkap gambar. So kat kampung tu dia jadi photographer secara percuma, di samping mengajar kanak-kanak di sana Bahasa Inggeris. Dia juga tinggal sebagai kawan dengan satu keluarga berbangsa India di situ.
Hasil browse Facebook dan laman web dia, polis Australia dapat maklumat dia akan balik ke Britain pada Disember 2014 untuk menyambut Krismas. Polis Australia dan Britain bekerjasama dan sangat berhati-hati sebab takut mamat ini terlepas. Semua perancangan menjadi, so Huckle ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Gatwick oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Eksploitasi Kanak-kanak dan bahagian Perlindungan Dalam Talian NCA.
Komputer dan hard disk dia encrypted, bila dapat dibuka, didapati dalamnya ada berpuluh ribu gambar dan video penderaan seksual kanak-kanak.
Tetapi sebelum dapat buka tu, dia tak nak jawab sebarang soalan polis. Dia dijamin keluar lokap dengan syarat dia hanya boleh ada kat rumah ibu bapa dia. Masa kat rumah, mak dia tanya betul ke dia terlibat aktiviti seksual dengan kanak-kanak. Akhirnya dia mengaku. Mak dia sangat terkejut. Terkejut dan marah, mak dia sendiri dengan bapa dia telefon polis dan merayu polis ambil Huckle, dan cakap dah disowned dia dan tak nak tinggal dengan dia lagi.
Masa ni polis datang dan sebab dia dah mengaku kat ibu bapanya, dia bagi polis buka hard disk dan laptop untuk dapatkan bukti. Dari satu hard disk dan satu laptop tu saja mereka jumpa berpuluh ribu gambar dan video, ada dua lagi hard disk yang Huckle tak bagi buka jadi jumlah bahan deraan yang dia simpan dan mangsa dia yang diketahui 200 orang sebenarnya mungkin lebih lagi.
Jumlah sebenar bahan yang ditemui ialah 20,253.
Selepas ditahan awal 2015, Huckle spend masa dalam penjara sementara polis dan pakar buat siasatan. Januari 2016, dalam court-hearing, Huckle mengaku tidak bersalah di atas 91 pertuduhan. Pertuduhan ni punya banyak sampai nak baca pun ambil masa lebih sejam. Pihak pendakwaan menyiapkan bahan untuk tiga perbicaraan berbeza sebab dorang tak rasa juri sanggup tengok semua bukti grafik melalui satu perbicaraan saja.
Dalam perbicaraan pertama, Huckle mengaku bersalah atas 71 dari 91 pertuduhan. Itu pun dia siap request yang disturbing, nak tengok balik semua gambar dan video yang digunakan dalam pertuduhan atas dia. Tapi jangan haraplah mereka nak bagi, kan?
20 lagi pertuduhan pendakwaraya simpan dalam fail je sebab 71 pertuduhan tu dah cukup untuk beri Huckle hukuman penjara yang panjang. Juga, semua pendakwaraya kesian nak bagi juri tengok bahan bukti untuk 20 lagi pertuduhan tu.
Semua juri telah berjumpa pakar psikiatri lepas tu untuk pastikan mental mereka tak terganggu lepas tengok sekian banyak bahan bukti yang disturbing. Jadi masa perbicaraan ni la lebih banyak details mengenai mamat ni dan kegiatan dia diketahui semua orang.
Ok. Richard Huckle ni digelar pedofil paling jahat dalam sejarah Britain. Ada sebabnya. Kat negara barat dan Australia, hukuman untuk kegiatan pedofil ni sangat berat dan predators diburu hingga ke lubang cacing. Sekurang-kurangnya, kat negara sana ia satu bentuk jenayah yang sangat seriuslah dan tahap kesedaran orang awam mengenainya sangat tinggi.
Jadi untuk orang macam Huckle, dia tahu keinginan seksualnya sebagai seorang pedo dengan cepat saja boleh mencurigakan penduduk kat sana. Dia tahu dia senang terkantoi, jadi kat sana, dia taklah buat benda pelik-pelik sangat dan orang tak perasan aktiviti dia.
Akal licik dia memikirkan, sebagai orang kulit putih, orang Asia akan sukakan dia. Dia tahu, tahap kesedaran orang Asia mengenai pedofilia adalah kurang dan dia dengan mudah boleh menjalankan aktivitinya tanpa dikesan.
Kalau nak ikut laporan FBI, berdasarkan kes-kes dalam siasatan mereka, pedofil ni memang senang nak bercampur dengan masyarakat dan nampak baik.
Untuk Richard, bagi melindungi kegiatan dia, dia tunjuk macam dia buat aktiviti keagamaan, sebab tu dia diterima di Malaysia. Dia gunakan skill fotografi, offer tangkap gambar free buat penduduk kampung dalam aktiviti komuniti kat kampung tu. Gambar dia boleh tahan cantik (aku traced walaupun website dia defunct by the time Malaysians tahu pasal dia).
Ok, first time Huckle ambil gambar child abuse ialah tahun 2005, masa tinggal dengan satu keluarga kat Kemboja. Tahun 2006, dia pindah ke Malaysia dan start tahun ni dia mula ‘mengganas’, masa ni dia ambil gambar dua adik beradik (perempuan), umur 4 dan 6 tahun.
Tahun 2007 dia tinggal balik dengan keluarga dua beradik tu, sambil jadi cikgu Bahasa Inggeris kat kampung tu. (Berdasarkan apa yang aku baca, aku percaya dua beradik perempuan ni terlibat dengan penderaan seksual dari umur 4 & 6 tu sampai umur 12.)
Tahun 2010, dia jadi penduduk tetap negara ni, belajar dalam bidang IT di KL Metropolitan University (KLMU), sambil tu jadi photographer. Dan di kampung yang aku cakap tadi ni, dia dah berjaya membina kepercayaan penduduk di situ.
Dan licik dia ni, kat media sosial dia di www (Facebook, Twitter dan travel blog), dia upload gambar dia dengan kanak-kanak yang normal saja. Nampak macam dia mesra dan sayangkan semua kanak-kanak tu. Di blog, profil dia:
"Seorang yang minat mengembara. Saya menghabiskan masa selama lapan tahun di Malaysia untuk menambah pengetahuan dan pengalaman fotografi dan pengembaraan."
Orang Malaysia yang kenal dia cakap dia sejenis pendiam, suka mengelak dari bercakap dan kalau dia cakap dengan kau pun dia tak pandang mata. Dia banyak fokus pada kerja dia tapi anehnya (unsurprisingly) dia cepat mesra dengan budak-budak.
Tapi kat dark web, dia buat documentation setiap penderaan seksual yang dia buat kat budak-budak, dan paling kurang ajar, dia nak dapat income dengan menghasilkan child pornography. Duit yang dia dapat dia nak gunakan untuk sumbangkan aktiviti pedo dia kat sini. Siapa yang beli produk dia? Orang kat Dark Web la.
So, sekarang korang faham kenapa orang yang simpan child porn ni pun boleh kena hukuman berat kat sana? Sebab, ada permintaan untuk child porn. Pedo sanggup bayar untuk dapatkan bahan ni. Selagi ada permintaan, predators akan terus cari kanak-kanak, jadikan mereka mangsa. Selagi permintaan tak berhenti, selagi tu ada kanak-kanak jadi korban nafsu mereka.
Ok, untuk sepanjang tahun-tahun Huckle di Malaysia, sekali-sekala dia balik ke England untuk celebrate birthdays dan Krismas. Tapi bolehlah dikatakan, dia bermaharajalela di negara ini memandangkan penduduk kampung percayakan dia.
Mula-mula, semua abuse material yang dia buat ialah simpanan peribadi dia saja. Sejak tahun 2013, dia start upload gambar dan video lucah yang dia buat ke TLZ. Dia dikira ahli VIP di TLZ ni, sebab dia takde masalah untuk upload bahan-bahan fresh (kena upload yang baru saja).
Ahli-ahli VIP di TLZ ni ada laman chat khas di situ, ahli biasa tak boleh masuk. Mostly kat laman khas ni Huckle cerita pasal aktiviti dia, kejayaan dia manipulasi keluarga mangsa dan kejayaan dia merogol dan mencabul tanpa dikesan. Dia punyala bangga dapat tipu orang sini, dia siap cakap nak jadikan pedofilia tu full-time job dia.
Dia siap cakap dia nak buka orphanage, pastu dia nak dera kanak-kanak kat orphanage tu. Bila dorang besar dorang keluar, dia akan dapat supply kanak-kanak baru untuk didera.
Setiap apa yang dia buat pada kanak-kanak dia tulis dalam satu buku ledger, macam achievement unlocked la kot. Dari catatan buku ledger ni la penyiasat mendapati, jumlah kanak-kanak yang dia abuse ialah 200. Tapi dalam bentuk bukti photographic dan video ada 29 mangsa. Bila masa dia buat semua ni?
Dia selalu offer bawa budak dari rumah anak yatim kelur berjalan dan temankan budak-budak ni balik rumah lepas keluar. Kadang-kadang tawarkan diri jadi penjaga anak-anak orang. Setiap bulan dia upload 20-30 megabait data ke TLZ. Masa forum tu still up and running, ia ada at least 45,000 members.
Huckle brag:
“Aku dapat jackpot, girl 3 tahun ni dengar cakap aku macam anjing dan tiada siapa peduli. Aku boleh lakukan seks dengannya berapa kali pun yang aku nak sampai bosan. Tapi at least sekarang dia boleh dipergunakan untuk bisnes supaya aku dapat dana (pedofilia).”
Sebab Huckle rasa dia dah bagus sangat, dia siap buat satu buku panduan untuk mana-mana western pedo jadi berjaya macam dia. Dia tulis dan jual buku ‘Pedophiles & Poverty: Child Lover Guide’ sebagai panduan.
Tahun 2014, dia dera seksual bayi perempuan 6 bulan dan buat rekod Pedo Points dalam bentuk online chart kat TLZ. Dia strip off girl 2 tahun, snap gambar, intimately touched her dan perform sexual acts on her, pastu bagi diri dia 6 markah. Nov 2013 to Nov 2014, markah dia kumpul 1,305. Dia suruh budak-budak ni pegang banner dengan mesej-mesej lucah pastu dia ambil gambar, upload TLZ.
Di blog dia, dia brag kat followers:
"Menakjubkan, aku still boleh melakukan seks dengan child lover yang sama bertahun-tahun lamanya, dan tak siapa tahu. Aku harap dengan gambar-gambar ni semua korang seronok tengok dia develop. Ingat senang ke korang nak tengok badan budak 5 tahun dan 12 tahun yang sama dan buat comparison?”
Dia brag lagi dan lagi:
“Kenalah ada sesuatu yang sangat serius berlaku untuk menghentikan atau melambatkan aktiviti aku kat sini. Takde apa-apa kesan buruk pun yang aku dapat dari perbuatan aku kat sini, so korang rasa aku nak belajar pasal apa lagi?”
Dia tak peduli girls or boys, semua dirogol monster ni. Even bayi yang pakai lampin pun dia dera.
Huckle, yang stay kat (188) Godinton Road, di Ashford, Kent, mengaku bersalah atas 31 pertuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13; 12 pertuduhan mengambil gambar lucah kanak-kanak; enam pertuduhan melakukan penetrasi seksual terhadap kanak-kanak; 13 pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur 13; tiga pertuduhan menyebabkan kanak-kanak bawah 13 melakukan aktiviti seksual; tiga pertuduhan menyebabkan kanak-kanak bawah 13 tahun terbabit dalam aktiviti seksual melibatkan penetrasi, menyusun atau mempermudah perlakuan jenayah seks kanak-kanak dengan menulis manual penderaan seksual, serta menghasilkan 20,253 gambar lucah; dan mengiklankan pornografi kanak-kanak.
Ketua Operasi HCA, Tony Cook cakap:
“Tiada keraguan bahawa kuantiti dan kualiti perlakuan Huckle akan bertambah sekiranya tidak ditahan. Dia hanya berusia 30 tahun. Kita hanya boleh bayangkan apa lagi yang bakal dia lakukan sekiranya dia tidak ditangkap.”
Bagi dia, Huckle orang yang buruk akhlak, belum ada kes seburuk ini berlaku sebelum ni.
“Dia telah melepaskan diri selama sembilan tahun tapi kini kita dapat melihat dia dihukum kesan perbuatannya.
Kes ini diharap dapat memberi mesej kepada penjenayah transnasional (yang mengembara untuk melakukan jenayah di negara lain) bahawa mereka akan tetap diadili walaupun perlu mengembara ke negara sejauh Malaysia untuk melakukan jenayah seperti ini”
So, apa jadi dengan mangsa Huckle? Paling menyedihkan, parents keluarga mangsa Huckle dan orang kampung yang percaya kat dia mula-mula in menafikan hal ni. Bila wartawan tempatan dan antarabangsa datang kampung mereka, mereka macam terkejut dan jadi tidak mesra. Understandable, kan?
Mereka tak sangka, sekor Mat Salleh yang dilayan begitu baik rupanya buat khianat kat mereka dan rosakkan masa depan budak-budak kampung mereka.
Dengan bantuan NGO, polis Malaysia minta polis Britain serahkan bahan bukti yang ada, supaya budak-budak yang jadi mangsa Huckle dapat dikesan untuk diberikan perlindungan dan kaunseling. Polis Malaysia even minta orang ramai yang ada maklumat pasal mangsa Huckle untuk salurkan kat polis melalui e-mel.
What I traced, screenshots of the children photo I got from his defunct website, I gave to the police using that email masa tu.
(Jangan minta nak tengok gambar tu sekarang, identiti mangsa adalah sulit untuk melindungi mangsa, supaya mereka boleh hidup normal sementara sembuh dari trauma mereka. Kalau korang ada gambar mangsa, jangan edarkan.Korang boleh didakwa dan dipenjara kalau edar maklumat macam tu bawah Akta Kanak-kanak 2001).
Dengan tertangkapnya pedo-pedo yang notorious di TLZ, polis Australia telah shut down TLZ pada 2015. So korang nak masuk dark web buat apa? Haha
Ada attempt untuk hidupkan lagi forum macam TLZ di situ. Ada yang dah kena shut down dengan polis, ada yang belum. Pedo masih mendunia kat situ, walaupun takde lagi forum sebesar TLZ.
Ketua Taskforce Argos (nama pasukan yang ditubuhkan khas untuk tangkap pedo TLZ), Detektif Inspektor Jon Rouse kata, Huckle ada minat spesifik pada kanak-kanak dari kaum India dan menerbitkan material dera yang prolifik.
Dan sebalik high-profile success polis kat dark web dan di portal sulit yang popular The Onion Router (TOR), masih ramai pedo berkomunikasi menggunakan bulletin board kat dark web:
“Ada bod-bod yang menyerlah di TOR. Mereka tidak takut atau memperlahankan aktiviti. Itulah sifat semulajadi ‘binatang-binatang’ ini.”
Sumber: Faith Saintera
0 Komentar