(Video) Anak tembak kepala sendiri selepas dicabar bapanya
Dalam kejadian pada malam Sabtu lalu di premis perniagaan yang juga merupakan rumah keluarga berkenaan di Pattaya, Thailand, pemiliknya, Anupap Boonrod (anggota polis), berang dengan anak lelakinya, Tossawat Boonrod, 21,kerap menghabiskan masa dengan bermain permainan di telefon bimbit.
Kesal teguran tidak diendahkan, Anupap kemudian mengeluarkan pistolnya yang berisi peluru hidup dan meletakkan senjata itu di meja sebelum mencabar Tossawat menembak diri sendiri atau berhenti membuang masa dengan aktiviti yang dianggap tidak mendatangkan faedah itu.
Tossawat mengambil pistol itu lalu mengacu tepat di bahagian telinga kiri sebelum melepaskan tembakan dan kejadian itu berlaku di depan mata ibu mangsa.
Terkejut dengan bunyi tembakan itu, si bapa pada awalnya menyangka mangsa menembak ke tempat lain lalu melempang kepala anaknya itu.
Akibatnya, mangsa yang terdahulu mati dalam keadaan terduduk, terjatuh ke lantai dan di saat itu barulah lelaki terbabit menyedari anaknya sudah mati, lalu mengelupur di lantai menyesali perbuatannya itu.
Difahamkan, polis kini sedang memburu seorang remaja yang dikatakan menemui senjata berkenaan selepas dibuang ibu mangsa.
0 Komentar