'Dia aniaya husband aku sampai diberhentikan kerja tapi Allah bayar cash untuk dia'
Bila berada di tempat kerja, pasti ada pelbagai ragam yang perlu dihadap. Ada yang suka, ada yang sebaliknya. Namun nasib mungkin tidak begitu baik jika ada kakitangan yang gemar mencari kesalahan orang lain yang akhirnya mengganggu periuk nasi kita.
Perkongsian dari Tart Cadbury (@dylawok) ini menceritakan suaminya dianiaya oleh pegawai berpangkat tinggi. Katanya, pegawai yang dikenali sebagai 'A' itu, gemar mencari kesalahan suaminya sehingga tercetusnya pertengkaran di antara mereka.
Lebih teruk lagi, si A mula menghasut kakitangan yang lain yang akhirnya menyebabkan suami Tart Cadbury diberhentikan. Namun, setiap perbuatan yang jahat pasti ada balasannya. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi pengajaran kepada mereka yang suka menganiaya orang.
AKU nampak kawan Facebook aku post benda ini. Apa yang dia cakap ini betul. Benda ini pernah terjadi pada husband aku sendiri.
Kalau ikutkan, husband aku kerja company lama dia dah nak masuk lima tahun. Tetapi, bila datang orang baru masuk dan tak puas hati, dia cucuk-cucuk sampailah satu tahap husband aku dibuang kerja.
Orang baru, 'A', tak suka sampai tahap pasang mata-mata untuk tengok apa yang husband aku buat dan sampai satu masa, orang sekeliling husband aku beritahu yang A upah dia untuk jadi mata-mata.
Sampai satu masa, A panggil husband aku untuk discussion dalam bilik meeting dan terjadilah pergaduhan di antara A dan husband aku. Disebabkan A berpangkat, so husband aku dituduh memulakan pergaduhan.
Husband aku dapat surat warning untuk rehat dalam masa seminggu dan selepas seminggu, husband aku disuruh datang ke office untuk mulakan kerja.
Selepas husband aku datang kerja, orang atasan bagi lagi surat dan surat itu sebenarnya adalah surat pemberhentian kerja serta-merta. Husband aku dapat saja surat itu, dia terus pergi dekat aku sambil senyum dan aku...
Aku dah cakap awal-awal dengan husband aku, kalau ada yang tak suka, dia akan buat orang lain tak suka juga. Mungkin husband aku pegang kata-kata aku. So dapat surat macam itu, dia boleh senyum. Masin mulut seorang isteri.
Bila husband aku diberhentikan, A memang senyum sampai telinga. Lalu sebelah aku pun dia siap perli lagi aku, "Bila nak berhenti?". Bila dia nampak aku, dia akan gelak kuat-kuat macam babi. Puak dia pun seronok mengilai.
Aku sabar, husband aku awal-awal pesan buat tak tahu saja sebab aku perempuan. Risau dia akan apa-apakan aku. So aku pun jadi buta kejap bila A dan puak dia lalu di depan aku. Setiap kali diorang lalu di depan aku, aku akan ucapkan, "Innalillahiwainnailayhiraji'un".
Selepas dua minggu husband aku diberhentikan, husband aku dapat tawaran kerja yang lebih bagus. Husband aku pergi interview, aku temankan walaupun aku tengah sarat mengandung. Alhamdulillah, husband aku terus diterima bekerja pada hari itu juga.
Aku dan husband tak pernah lupa untuk berdoa supaya A dan puak-puak dia itu, Allah bukakan pintu hati diorang jangan menganiaya orang. Kalau betul diorang menganiaya husband aku, tunjukkanlah benda yang benar.
Tiba-tiba aku dengar A jatuh sakit, lebih kurang seperti strok dan tak boleh berjalan. Dia kena guna wheel chair untuk bergerak. Dan dia tidak boleh bekerja dan akhirnya terpaksa berhenti. Aku macam tak percaya, tetapi benda ini betul-betul berlaku. Allahuakbar.
Berkat doa, kesabaran dan redha dengan apa yang terjadi. Allah bayar cash untuk mereka yang suka menganiaya orang. Cepat atau lambat, kita kena sentiasa berdoa. Aku percaya Allah sentiasa dengan kita. Yang penting jangan putus untuk berdoa.
Gais, kalau kau tak suka orang, jangan hasut orang lain sama-sama tak suka. Jangan fikir pangkat tinggi boleh hasut orang. Silap, memang silap besar kalau kau hasut orang. Naknya kalau melibatkan periuk nasi orang.
Sumber: @dylawok
0 Komentar