(Video) 'Kau tau abang aku sape? Mana lagi RM20,000?' - Polis siasat dakwaan anggota polis salahguna kuasa ugut orang awam
Viral di media sosial seorang lelaki yang dipercayai anggota polis mengugut dan menunjukkan pistolnya kepada seorang pemandu lori, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Berdasarkan video viral itu, suspek dengan biadabnya mengungkap kata-kata berunsur perkauman, meminta wang baki sebanyak RM20,000 dari RM50,000 dari mangsa dan jika tidak, adiknya yang berada di penjara akan menerima akibatnya.
Selain itu, suspek turut mengugut mahu mengancam keselamatan mangsa dan mendakwa abangnya merupakan pegawai narkotik Kulai.
Susulan viral video itu, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video viral itu.
"Berikutan itu, kami akan menyiasat kejadian berkenaan kerana ia mencemarkan nama baik dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.
Siasatan menyeluruh akan dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil jika ada salah guna kuasa yang membabitkan pegawai polis di Johor.
Polis juga memohon mangsa dalam kejadian itu tampil membuat laporan di balai untuk membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro
0 Komentar