Banduan di Penjara Reman Pulau Pinang meninggal dunia kerana Covid-19
Seorang banduan lelaki di Penjara Reman Pulau Pinang dilaporkan meninggal dunia kerana Covid-19.
Difahamkan pada ketika ini, penjara itu dihuni oleh 2,3000 banduan dan 320 kakitangan. Mana-mana banduan atau kakitangan yang merupakan kontak rapat mangsa, teah dikuarantin dan diasingkan mengikut SOP.
Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kontak rapat dan hanya memaklumkan kesemua yang terbabit telah menjalani ujian saringan Covid-19.
Setakat ini, banduan dan kakitangan yang dikuarantin tidak menunjukkan gejala jangkitan. Begitu juga dengan yang tidak diasingkan juga tidak menunjukkan sebarang gejala.
"Setakat ini pihak KKM belum dapat maklumkan banduan yang meninggal dunia itu mendapat jangkitan Covid-19 daripada mana.
"Berdasarkan maklumat penjara, pergerakan terakhir si mati (keluar daripada penjara) adalah pada 9 September lalu," katanya.
Sumber: Sinar Harian
0 Komentar