Budak maut disambar petir akibat main handphone ketika hujan
Di zaman ini, kecanggihan telefon bimbit (handphone) bukan hanya dinikmati oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga sehingga ada yang ketagihan menggunakannya sama ada untuk bermain game atau menonton video.
Namun, penggunaan handphone oleh kanak-kanak yang tidak dipantau secara ketat menimbulkan pelbagai kesan dan masalah di kemudian hari. Ini termasuk melibatkan kes kematian.
Baru-baru ini, media di Indonesia melaporkan seorang kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah maut disambar petir ketika bermain handphone.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Kecamatan Biru-Biru, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia.
Aby Irfan Ahmad yang memuat naik mengenai kejadian itu di Facebooknya pada Rabu (30/9/2020) berkata, "Inilah kejadian petang semalam (Selasa)," tulisnya.
Menurut Aby, mangsa pada awalnya bermain handphone di dalam rumahnya walaupun mengetahui ketika itu banyak petir.
"Mangsa yang sedang main handphone disambar petir di dalam rumahnya dan meninggal dunia dan mukanya terbkar.
"Marilah kita pantau anak-anak kita jangan bermain handphone sewaktu ada petir. Peringatan kepada diri kita juga," katanya.
0 Komentar