Penganggur buat laporan polis kerana dihalau ibunya dari rumah sedangkan dia malas nak cari kerja

October 03, 2020

Penganggur buat laporan polis kerana dihalau ibunya dari rumah sedangkan dia malas nak cari kerja

Seorang lelaki di Mexico bernama Christian Uriel, 30, dihalau ibunya keluar dari rumah kerana menganggur. Selain itu, Uriel juga dikatakan tidak mahu membantu membuat kerja rumah. 


Pada awalnya, Uriel membuat laporan pada pihak berkuasa yang mendakwa dia telah diseksa dan diabaikan oleh ibunya. Tetapi Uriel tidak menyatakan alasan ibunya berbuat demikian kerana dia tinggal bagaikan parasit di rumah ibunya selama berbulan-bulan. 


Difahamkan Uriel mula tinggal di rumah ibunya sejak awal pandemik Covid-19 di Mexico dan langusng tidak mengeluarkan wang untuk menanggung perbelanjaan keluarga. 


Pada ketika itu, ibunya tidak merasakan anaknya itu membebankan. Tetapi setelah empat bulan, dia berasa kesal melihat Uriel yang bukan sahaja bermalas-malasan, malah bermain game setiap masa. 


Kelakuan Uriel itu bagaikan raja yang berharap dia dilayani oleh ibunya dari segi kebersihan sampai ke soal makan minum. 


Di saat kerajaan Mexico mula melonggarkan perintah berkurung, Uriel disuruh ibunya untuk mencari kerja tetapi ditolak dan mahu berterusan melepak di rumah. 


Kesal dengan sikap Uriel yang tidak bertanggungjawab itu, si ibu menghubungi adiknya untuk membantu menghalau anak lelakinya itu dari rumah. Uriel ditendang, disiram dengan air dan dipukul dengan penyapu. 


Uriel tersinggung dengan perbuatan ibunya lalu membuat laporan kepada pihak berkuasa. Namun sehingga kini masih belum ada keputusan dari pihak polis sama ada mahu menangangi kes itu atau sebaliknya. 


Sumber: Oddity Central

Previous
Next Post »
0 Komentar