SPRM temui RM100,000 di rumah pegawai kanan JSJ, 21 gambar kenderaan mewah ahli Sindiket Macau Scam didedahkan

October 07, 2020

SPRM temui RM100,000 di rumah pegawai kanan JSJ, 21 gambar kenderaan mewah ahli Sindiket Macau Scam didedahkan

Pemeriksaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah salah seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang ditahan semalam menemui wang tunai sebanyak RM100,000.


Wang tunai itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes sindiket Macau Scam yang 'mencuci duit' dengan mempergunakan perniagaan golongan selebriti. 


Selain dua pegawai berkenaan, sumber turut memaklumkan enam lagi pegawai dan anggota ditahan semalam dan hari ini.


Antara yang ditahan adalah tiga pegawai kanan dan lima lagi merupakan anggota berlainan pangkat. 


Seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor juga ditahan tengah hari tadi, dipercayai merupakan kenalan kepada lelaki yang bergelar 'Datuk' yang ditahan sebelum ini. 


Turut tersebar di media sosial, gambar-gambar kenderaan mewah dipercayai milik ahli sindiket Macau Scam. 


Antaranya, Rolls Royce, Lamborghini, Nissan Skyline, Fairlady, Lexus, Camaro, Vellfire, Alphard, Ranger, Harley Davidson dan banyak lagi. 


Sumber: Harian Metro, Facebook Kaki Rayap

Previous
Next Post »
0 Komentar