'Anak masukkan miniature, lego, sponge dan manik dalam hidung sehingga tersekat'

February 16, 2018

'Anak masukkan miniature, lego, sponge dan manik dalam hidung sehingga tersekat'


Jangan ambil mudah sekiranya anak anda menghadapi masalah selesema dalam jangka masa yang lama dan nafasnya berbau busuk. Terdapat banyak kes yang dikongsikan oleh Dr Pakar Kanak-Kanak Adda bahawa kanak-kanak yang menghidap selesema yang berpanjangan adalah disebabkan oleh mainan yang dimasukkan ke dalam hidung.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika mereka bermain. Alat-alat permainan yang kecil ini bukan sahaja boleh meyebabkan mereka dijangkiti selesema malahan jika tidak diawasi kemungkinan juga boleh menyebabkan mereka tercekik.

ASSALAMUALAIKUM semua. Cuba teka apakah benda dalam gambar ini dan di manakah saya menjumpai benda ini? Nak tahu jawapannya, jom teruskan membaca kisah-kisah benar yang saya nak ceritakan di sini. 

KES 1

Kejadian berlaku semasa saya bertugas di PPUM. Ada seorang kanak-kanak India berusia lingkungan empat tahun datang dengan masalah hidung yang berhingus terlalu lama. Kalau tidak silap, hampir sebulan dan nafasnya berbau busuk. Sambil berbual dengan si comel ini, dia beritahu kami "I got horse chasing the mouse" sambil menunjuk-nunjuk ke dalam hidungnya. 

Apabila diperiksa dalam hidungnya, seperti ada foreign body dalam kedua hidungnya. Setelah dirujuk kepada ENT, mereka berjaya mengeluarkan miniature permainan yang sangat kecil iaitu, kuda dan tikus.

Kami yang dapat tahu hal ini memang tak habis gelak ketawa sebab rasa lucu dengan imaginasi kanak-kanak yang pelik sehingga memasukkan miniature kuda di sebelah hidung dan sedang mengejar tikus di sebelah lagi. LOL.


Kes 2

Anak saya Imran ketika berumur 3 tahun tiba-tiba dia kata sakit dalam hidung dan mula bersin-bersin. Kejadian berlaku tahun lepas di mana kami pulang ke rumah daripada bercuti. Waktu malam itu anak-anak saya sedang bermain di ruang tamu. 

Bila Imran mengadu sakit dalam hidung, abangnya Muhammad mengadu yang adiknya ada masukkan kepala patung Lego berwarna oren dalam hidungnya. Astaghfirullah, saya bergegas mengambil torchlight dan mendapat ada lego warna oren dalam hidungnya. 

Saya suruh dia hembus keluar tetapi tidak berjaya. Akhirnya saya terpaksa bergegas membawa dia ke klinik saya (lima minit saja daripada rumah) untuk melakukan prosedur menarik lego tersebut keluar daripada hidungnya dengan menggunakan forcep dan nasal wash. Akhirnya kepala Lego itu keluarlah dengan selamatnya. Aduh anak-anak ini, selalu bikin jantung Ummi nak jatuh saja. 

Kes 3

Ada satu anak berusia hampir 4 tahun juga datang dengan selesema yang kronik dan bila diperiksa hidungnya, didapati ada manik putih dalam hidungnya. Saya dah cuba sedaya upaya untuk menarik keluar tetapi ia agak dalam dan tersekat. Akhirnya saya mengalah dan refer kepada ENT untuk prosedur lanjut. Rupa-rupanya ia adalah manik daripada tudung ibunya yang terjatuh. Allahuakbar. Macam-macam budak-budak in ikan?

Kes 4

Baru-baru ini parents bawa anaknya demam selesema dan seperti biasa saya akan check hidungnya dan saya agak pelik sebab seperti ada sesuatu yang berwarna seperti selaput putih 'bubble' yang menyekat hidungnya. Kemudian saya tanya dia ada masukkan apa-apa dalam hidungnya? Dengan pantas dia angguk dan jawab ada memasukkan tisu. 

Saya tak rasa ia seperti tisu kerana strukturnya seperti foam. Sekali lagi terpaksa buat prosedur mengeluarkan benda itu dengan nasal wash. Paling best experience sebab pesakit cilik comel ini pandai sangat menghembus hingus dengan kuat sehingga terpancut terkena muka saya. Huhuhu. 

Ibu bapanya pula dengan penuh semangat menjerit-jerit menyuruh dia hembus dan hembus lagi. Kami rasa seolah-olah dalam labor room pula menyuruh ibu push-push untuk keluarkan baby. Hahaha! Lucu betul dengan situasi cemas tetapi agak lucu ini. Akhirnya berjaya dikeluarkan menggunakan forcep bila ia dah dekat dengan lubang hidung.

Tahu tak kalian barang tersebut adalah sponge yang agak besar lebih kurang duit 20 sen yang baru. Sebab ia sponge yang boleh dipenyekkan maka ia sangat mudah dimasukkan dan tersekat dalam hidung. Jangkitan kuman berlaku dan menyebabkan dia demam. 

Daripada semua kes-kes ini, ibu bapa semua perlu mengambil iktibar termasuk saya sendiri untuk perhatikan anak-anak kalian. Elakkan memberi permainan yang bersaiz kecil untuk kanak-kanak di bawah empat tahun dan jika anak-anak engalami hidung berair dan busuk serta berhingus, sama ada baru atau lama (acute or chronic) pastikan bawa anak berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan dengan teliti sama ada terdapat barang-barang yang tidak sepatutnya dalam hidung anak.


Selain daripada hidung, barangan kecil seperti mata pensel yang patah dan tisu dll juga boleh dimasukkan ke dalam telinga mereka sendiri. Selalunya jika telinga ada jangkitan, bawalah anak berjumpa dengan doktor atau pakar ENT untuk pemeriksaan yang lebih teliti. 

Sekian nasihat ikhlas daripada saya. Wassalam. 

Previous
Next Post »
0 Komentar