(Video) 'Alhamdulillah masih ada insan yang berhati mulia'
Viral di media sosial video dan gambar dua wanita terserempak dengan seorang wanita warga asing bersama anaknya dalam stroller dalam perjalanan ke Alor Setar.
Yaya Hidayah dan rakannya pada ketika itu dalam perjalanan dari Taiping ke Bagan Serai, bagaimanapun tidak sampai hati melihat keadaan dua beranak itu, lalu memutuskan untuk berpatah balik untuk membantu mereka.
"Kasihan minah salleh ini. Kami dalam perjalanan balik dari Taiping nak ke Bagan Serai, terjumpa minah salleh ini berjalan kaki sambil tolak stroller baby yang masih menyusu badan.
"Kami patah balik untuk tolong sebab dia tahan kereta, tiada sesiapa yang nak tolong. Katanya nak pergi ke Alor Setar, tak ada duit, handphone hilang. Hanya bekalan yang ada sahaja. Katanya lapar, jadi kami belikan pizza untuk dia makan.
"Hmm, sedih tengok, kesian tengok. Kami hanya mampu hantar ke stesen bas Parit Buntar untuk pergi ke Butterworth, tukar bas untuk pergi ke Alor Setar," kata Yaya.
Sementara itu, rakan Yaya iaitu, Wanie, yang turut bersama ketika itu berkata, mereka pada awalnya mahu membawa dua beranak itu pulang ke rumah seketika untuk memberikannya bekalan, namun si ibu menolak kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
"Saya bawa dia balik rumah sekejap, bagi dia air. Dia terharu sangat. Dia tetap cakap tak nak susahkan kami. Jadi kami decide hantar dia sampai ke stesen bas Parit Buntar untuk dia ke Butterworth.
"Yang sebetulnya, bekas suami tinggalkan dia dengan anak dia. Dia nak pergi ke Alor Setar, kemudian nak pergi ke Langkawi, apa tujuannya saya tidak tahu. Sama ada mencari bekas suami dia atau mungkin di Langkawi senang nak berkomunikasi dengan omputih Rusia seperti dia. Di sana kan ramai pelancong.
Di media sosial, netizen memuji usaha Yaya dan Wania yang sanggup berpatah balik untuk membantu dua beranak berkenaan meskipun ada segelintir netizen yang memberikan tanggapan negatif berikutan kes-kes sebelum ini.
0 Komentar