'Ini Cat-zilla!' - Kucing obes 13 kilogram dibuang di taman

September 26, 2020

'Ini Cat-zilla!' - Kucing obes 13 kilogram dibuang di taman

Seekor kucing betina baka Domestic Short Hair (DSH) yang memiliki berat 13 kilogram ditemui dibuang di sebuah taman di Hunting Park, Philadelphia, Pennysylvania pada Ahad lalu (20 September 2020). 


Kucing itu ditemui oleh pekerja perlindungan yang terpegun melihat kemontokkannya lalu diberi nama Lasagna, sempena nama makanan kegemaran kartun Garfield. 


Lasagna yang berumur 5 tahun (36 tahun kalau ikut kalendar kucing) kini sedang menjalani diet yang ketat kerana saiz badannya yang begitu besar membuatkan dia sukar untuk membersihkan diri. 


Sejak gambar Lasagna dikongsikan di media sosial, ramai yang menawarkan diri untuk memeliharanya. Dan semalam, Lasagna baru sahaja diserahkan kepada keluarga baharunya dari Vineland, New Jersey yang berjanji akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. 


Pengarah Perkembangan dan Komunikasi ACCT, Sarah Barnett berkata, Lasagna sangat peramah dan suka perutnya digosok. Walaupun ia kelihatan comel tetapi saiz badannya adalah tidak sihat dan keluarga baharunya perlu membantu Lasagna menurunkan berat badan. 


"Kucing gemuk boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti diabetis, tiroid, masalah sendiri, masalah jantung dan banyak lagi. 


"Lasagna kini sedang mengalami masalah sendi dan juga tidak dapat menguruskan diri. Namun dia bernasib baik kerana usianya yang masih muda dan keluarga baharunya dapat membantu menurunkan berat badan agar ia dapat hidup lebih lama dan bahagia," katanya. 


Sumber: Daily Mail

Previous
Next Post »
0 Komentar